Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy: Kabinet telah serah surat letak jawatan kepada Agong

Aug 16, 2021 | 01:44 PM



 



PUTRAJAYA: Para menteri Kabinet Perikatan Nasional telah menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.



Ini telah diumumkan Encik Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.



“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis yang sebelum peletakan jawatan itu merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.



Ini setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tengah hari tadi.



Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira-kira 40 minit.



Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri dilihat melepasi pekarangan Istana Negara melalui pintu utama pada jam 1 tengah hari.



Menerusi siaran langsung di media sosial oleh media tempatan, Tan Sri Muhyiddin dilihat melambaikan tangan kepada wartawan yang membuat liputan.



Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Istana Negara ataupun daripada Ketua Setiausaha Kerajaan Malaysia.



Semalam Encik Khairy telah membayangkan akan langkah peletakan jawatan itu apabila beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >