Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairy nafi vaksin Covid-19 diperoleh tanpa setuju AGC

Feb 10, 2023 | 5:30 AM
ENCIK KHAIRYJAMALUDDIN: Berkata AGC tahu perolehan vaksin.
ENCIK KHAIRYJAMALUDDIN: Berkata AGC tahu perolehan vaksin. -

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, menafikan dakwaan perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentang kepada Kabinet.

"Justeru, AGC akan mengetahui dan memberikan ulasan mereka. Perolehan ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya kepada New Straits Times kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai pembentangan Kertas Putih oleh KKM berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan.

Datuk Anwar berkata perolehan itu juga ditandatangani tanpa persetujuan AGC.

Katanya kertas putih itu akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Sementara itu, usaha mendapatkan seorang lagi bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak berhasil, lapor Berita Harian Malaysia.

Kementerian Kewangan (MoF) telah menurunkan kuasa kepada KKM serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memuktamadkan perolehan vaksin di peringkat kementerian masing-masing.

Menurut MoF, langkah itu sebahagian daripada usaha memudah cara dan menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Datuk Dr Adham dan Encik Khairy masing-masing adalah menteri kesihatan dan menteri sains, teknologi dan inovasi ketika Covid-19 melanda dari 2020 hingga Pilihan Raya Umum November 2022.

Kedua-dua kementerian itu diberi kelonggaran menguruskan perbelanjaan berhubung pelaksanaan Pick tetapi tertakluk pada siling peruntukan RM5.8 bilion ($1.79 bilion) yang diluluskan MoF.

Menteri kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut memberi penjelasan mengenainya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg