Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairy sah tanding Sungai Buloh

Nov 3, 2022 | 5:30 AM
SAH: Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Foto UMNO
SAH: Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Foto UMNO -

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Malaysia Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengesahan pencalonan Encik Khairy di salah satu daripada 22 kawasan parlimen di Selangor diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan mengenai masa depan politik ahli parlimen Rembau yang telah menyandang kerusi itu selama tiga penggal lapor The New Straits Times.

Sungai Buloh adalah kubu kuat PKR. Pada pilihan raya umum 2018, Encik R. Sivarasa mengekalkan kerusi itu selepas beliau memperoleh 43,631 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PKR mencalonkan Datuk R. Ramanan untuk pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 19 Nov, setelah menggugurkan Encik Sivarasa.

Kerusi Rembau yang disandang Encik Khairy, yang dipegang sejak 2008, berkemungkinan akan ditandingi oleh timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, walaupun ini masih belum diumumkan.

Encik Khairy mengekalkan Rembau untuk penggal ketiga pada PRU14 selepas memperoleh 36,096 undi mengatasi calon PKR Roseli Abdul Gani dan Mustafa Dolah dari PAS.

Roseli dan Mustafa masing-masing memperoleh 31,732 undi dan 6,028 undi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg