Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Khairy sangkal dakwaan kumpulan anti-vaksin

Apr 19, 2021 | 08:54 PM

PETALING JAYA: Vaksin Covid-19 selamat dan berkesan, kata menteri Malaysia, Khairy Jamaluddin, sedang beliau memberi respon kepada kumpulan anti-vaksin yang menyamakan vaksin itu dengan suntikan dengan air yang tidak berkesan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, yang juga bertanggungjawab atas usaha imunisasi negara, memberi respons kepada desas-desus di media sosial berikutan berita segelintir orang yang telah divaksin dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Noor Hisham Abdullah pada Sabtu (17 April) berkata sembilan pekerja kesihatan dijangkiti lebih dua minggu selepas dos kedua dan 31 yang lain dijangkiti kurang dua minggu selepas menerima dos kedua mereka.

"Pengguna media sosial yang hanya membaca tajuk berita telah mengongsinya dengan rakan-rakan mereka," kata Encik Khairy dalam catatan Facebook pada Ahad malam.

Beliau berkata sistem imun seseorang paling bersedia menghadapi Covid-19 dua minggu selepas dos kedua diambil.

"Itu dianggap divaksin sepenuhnya. Walaubagaimanapun, itu tidak bererti kita tidak boleh dijangkiti," tambahnya.

Encik Khairy berkata individu masih boleh dijangkiti Covid-19 walaupun telah divaksinas, tetapi kemungkinan dijangkiti jauh lebih rendah.

Beliau berkata setelah seseorang menyelesaikan vaksinasi masing-masing, beliau juga tidak akan mengalami kesan sampingan yang teruk, walaupun beliau mengidap Covid-19.

"Vaksin melindungi kita daripada kesan sampingan yang teruk seperti kemasukan ke unit jagaan rapi, keperluan untuk bantuan pernafasan dan kematian," katanya. "Vaksin Covid-19 selamat dan berkesan. Ia dapat melindungi anda daripada kesan sampingan Covid-19 yang teruk," tambahnya.

Beliau berkata memandangkan hanya sembilan daripada 272,019 orang dijangkiti, ini membuktikan bahawa vaksin itu berkesan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3