Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Khairy sedia terima mana-mana kerusi Parlimen

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Encik Khairy Jamaluddin, sedia menerima mana-mana kawasan baru yang ditentukan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.



Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau itu turut memaklumkan kesemua keputusan berkenaan calon PRU15 akan diumumkan tidak lama lagi.



"Tak tahulah, saya rasa semua keputusan berkenaan dengan calon pilihan raya akan diumumkan tidak lama lagi nanti, biarlah diumumkan pucuk pimpinan parti.



"Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 semalam.



Terdahulu Encik Khairy diminta mengulas mengenai namanya yang tidak berada di dalam senarai calon BN di Negeri Sembilan tetapi bakal bertanding di Parlimen Sungai Buloh.



Kelmarin, media melaporkan Menteri Kesihatan itu hampir pasti disahkan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.



Encik Khairy semalam sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak tahu di mana dirinya akan bertanding.



"Saya tidak tahu apa-apa mengenainya," katanya.



Beliau beritahu sidang media bahawa beliau tidak diberi sebarang maklumat terkini daripada Umno mengenai kawasan yang akan diperuntukkan kepadanya.



Minggu lalu, sumber Umno di Sungai Buloh memberitahu Free Malaysia Today bahawa Encik Khairy hampir disahkan sebagai calon Umno untuk kerusi itu.



Sumber berkata, Sungai Buloh mungkin kerusi yang sukar, tetapi percaya Encik Khairy akan berjaya kerana popularitinya, terutama sejak beliau menjadi Menteri Kesihatan pada Ogos tahun lalu dan menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik.



Pada PRU14, kerusi Sungai Buloh dimenangi Encik R Sivarasa dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 26,634 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon BN, Encik Prakash Rao Applanaidoo dan calon daripada PAS.



Encik Sivarasa digugurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bertanding untuk mempertahankan kerusi itu.



PH akan meletakkan Encik Ramanan Ramakrishnan, yang merupakan bekas bendahari agung Kongres India Se-Malaysia (MIC), bertanding di kerusi itu pada PRU15 kali ini.



Bagaimanapun, sumber MIC berkata jentera parti itu tidak akan menyokong calon Umno di Sungai Buloh, kerana ia dianggap sebagai kerusi tradisinya.



Sebelum ini Encik Khairy mengumumkan memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk bertanding di Parlimen Rembau sekali gus menjadi teka-teki kerusi mana yang bakal ditandingi olehnya pada PRU15 kali ini.



Sebelum dikaitkan dengan Sungai Buloh, Encik Khairy disebut bertanding di Parlimen Port Dickson dan kemudian namanya disebut pula bertanding di Kuala Pilah memandangkan kerusi itu dilihat lebih selamat buat penyandang kerusi Parlimen Rembau.



Ia berikutan Parlimen Kuala Pilah antara kubu kuat Umno yang mana empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling dan Johol merupakan milik Umno manakala Pilah milik PH di bawah calon PKR.



Menurut sumber Umno, Encik Khairy perlu bertanding di kerusi selamat bagi memastikannya menang kerana beliau merupakan aset parti dan mempunyai masa depan cerah dalam politik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >