Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Khairy terima kekalahan, mahu renungkan langkah seterusnya

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



KEKALAHAN tetap kekalahan, tipis mana sekalipun.



Berkata demikian, calon berprofil tinggi daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Encik Khairy Jamaluddin, berlapang dada menerima kekalahannya di kerusi Parlimen Sungai Buloh.



Ini merupakan kekalahan pertama beliau sejak bertanding dalam pilihan raya umum pada 2008.



Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH) yang meraih 50,943 undi memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan majoriti 2,693 undi manakala Encik Khairy meraih 48,250 undi.



Bagi Menteri Kesihatan yang menerajui respons Malaysia terhadap Covid-19 dan program vaksinasi terbesar negara itu, kalah menang dalam gelanggang pilihan raya setiap lima tahun merupakan antara hakikat yang paling meninggalkan kesan pada ahli politik.



Menulis di laman media sosial beliau, Encik Khairy berkata:



"Pilihan raya merupakan asas bagi mana-mana demokrasi yang berfungsi tetapi ia juga sesuatu yang memberitahu ahli politik sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya, jika rakyat sukakan mereka atau tidak.



"Begitulah caranya dan kita perlu menerimanya apabila rakyat tidak rasa kita cukup baik untuk mewakili mereka. Saya rasa saya telah berusaha yang terbaik tetapi saya tidak cukup baik.



"Tewas tetap tewas, tipis mana sekalipun atau berapa ramai yang melahirkan rasa kecewa atas kekalahan anda"



Namun, beliau yakin kekalahan itu bukan penamat cerita dan beliau mahu merenungkannya sebelum memikirkan rancangan seterusnya.



"Sebenarnya, saya letih. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat sejak saya diminta menguruskan pandemik.



"Namun, adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada negara pada saat yang kritikal dan saya gembira kita berjaya pulih lebih baik berbanding banyak negara lain," katanya.



Berharap mereka yang dipilih akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh kebijaksanaan dan ihsan, Encik Khairy juga berkata Malaysia memerlukan kestabilan dan kepimpinan kini, lebih daripada sebelum ini.



Selain Encik Khairy, seorang lagi calon berprofil tinggi yang turut kehilangan kerusi Parlimen beliau di Permatang Pauh, yang juga kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), ialah Naib Presiden PKR, Cik Nurul Izzah Anwar.



Selepas 40 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selepas itu isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akhirnya kerusi legasi keluarga itu diserahkan kepada Ustaz Fawwaz Md Jan daripada Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 5,272 undi.



Di kawasan Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali yang meraih 59,538 undi gagal mempertahan kerusi Parlimen yang disandangnya sejak 2004 itu apabila kecundang di tangan anak didiknya, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, yang memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan meraih 72,267 undi.



Namun, bukan Datuk Azmin sahaja daripada kalangan pemimpin PKR yang terlibat dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang tumpas.



Penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) turut tersungkur teruk dan gagal mempertahan kerusinya apabila hanya meraih 4,589 undi di tangga keempat dalam pertandingan sembilan penjuru, malah turut hilang deposit.



Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, untuk terus mewakili rakyat di negeri kelahiran mereka berakhir apabila mereka gagal mempertahan kerusi masing-masing atas tiket Pejuang.



Malah, dua beranak itu juga hilang deposit setelah memperoleh jumlah undi yang sangat rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >