Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairy terus sokong 'reformasi dari dalam'

Feb 2, 2023 | 5:30 AM
ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN: Foto fail
ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN: Foto fail -

PETALING JAYA: Walaupun telah dipecat daripada Umno Jumaat lalu, bekas ketua pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, berkata beliau akan terus menyokong anggota parti yang "sefahaman" untuk mendesak reformasi dari dalam.

Beliau juga berkata adalah penting bagi bekas rakannya dalam Umno untuk membuang mentaliti "ikut kata sahaja", lapor The Star.

"Saya faham kita perlu berdisiplin dan setia kepada parti. Tetapi kita tidak sepatutnya menjadi orang yang ikut kata sahaja.

"Jika mentaliti ini berterusan, Umno tidak lagi diterima oleh orang Melayu," katanya dalam satu wawancara dengan Astro Awani.

Namun, Encik Khairy tidak mendedahkan bagaimana beliau akan menyokong mereka.

Umno akan mengadakan pemilihan parti dari 1 Februari hingga 18 Mac untuk melantik pemegang jawatan baru.

Sedang jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, pemilihan buat semua jawatan di semua peringkat akan diteruskan seperti biasa.

Umno telah menangguhkan pemilihannya selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun 2021, yang bermakna pemilihan partinya mesti diadakan sebelum 30 Disember tahun lalu.

Pada Mei tahun lalu pula, Umno meminda perlembagaannya untuk membolehkan pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum ke015 (PRU15) berakhir.

Mengenai pilihan raya negeri (PRN) akan datang, Encik Khairy berkata apa sahaja yang berlaku tidak boleh mengganggu Kerajaan Persekutuan walaupun terdapat perubahan dalam kerajaan negeri.

Ditanya mengenai langkah seterusnya dalam politik, Encik Khairy belum bersedia mendedahkan rancangannya.

"Saya mahu mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan. Saya tidak mahu tergesa-gesa," katanya, sambil menambah bahawa apa sahaja keputusan yang beliau buat adalah keputusan yang membolehkannya untuk "tidur dengan tenang".

Selain Encik Khairy, ahli majlis tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar turut dipecat daripada Umno berikutan mesyuarat majlis tertinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg