Topik diikuti
Pergi ke BHkuKhairy: Umno gagal sebab jaga hati atasan membuta tuli

May 16, 2018 | 5:30 AM
Khairy: Umno gagal sebab jaga hati atasan membuta tuli
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menyentuh punca sebenar kemerosotan sokongan terhadap parti yang telah memerintah selama 61 tahun itu, hingga kehilangan kuasa buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.
Keputusan untuk terus bersama Umno, walaupun sudah ada unsur-unsur salah tadbir urus oleh mantan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), merupakan satu keputusan yang jelas tidak betul, kata Encik Khairy.