Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Khidmat Facebook, WhatsApp, Instagram kembali pulih selepas alami kegenjotan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Khidmat Facebook, WhatsApp, Instagram kembali pulih selepas alami kegenjotan

Oct 06, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih selepas mengalami kegenjotan selama hampir enam jam, lapor Facebook.

Ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui web atau aplikasi telefon pintar.

Downdetector, yang mengesan masalah itu, berkata ia adalah kegagalan sistem terbesar pernah berlaku dengan 10.6 juta laporan masalah dilaporkan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami kegenjotan pada tahun 2019.

Pada waktu itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia dalam tempoh lebih 14 jam.

Dalam pada itu, pengasas bersama Facebook, Encik Mark Zuckerberg, semalam memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mengalami kegenjotan dalam penggunaan tiga media sosial milik syarikatnya itu.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, beliau berkata kesemua aplikasi berkenaan kini sudah kembali pulih secara beransur-ansur.

"Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini sudah kembali beroperasi.

"Maaf atas kegenjotan yang berlaku hari ini. Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi," kata Encik Zuckerberg dalam hantaran itu.

Sementara itu, WhatsApp dalam ciapan di Twitter menyatakan: "Mohon maaf kepada semua yang telah tidak dapat menggunakan WhatsApp hari ini. Kami lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk membolehkan WhatsApp berfungsi semula."

Terdahulu, jutaan pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu menerusi laman sesawang ataupun telefon pintar.

Pengguna di Singapura mulai dapat kembali menggunakan perkhidmatan ketiga-tiga aplikasi ini pada 5.45 pagi semalam.

Kesan daripada kegenjotan ini, kekayaan peribadi Encik Zuckerberg susut lebih AS$6 bilion ($8.15 bilion) dalam masa hanya beberapa jam, menyebabkan kedudukannya dalam senarai manusia terkaya di dunia jatuh satu anak tangga.

Ia berlaku selepas seorang pemberi maklumat tampil ke depan, manakala kegenjotan pula menyebabkan produk utama Facebook Inc tidak dapat berfungsi dalam talian.

Penjualan besar-besaran menyebabkan saham gergasi media sosial itu menjunam 4.9 peratus, menambah kepada penurunan kira-kira 15 peratus sejak pertengahan September.

Penurunan harga saham itu menyebabkan kekayaan Encik Zuckerberg jatuh kepada AS$121.6 bilion ($165.17 bilion), meletakkannya di bawah Bill Gates ke tempat kelima dalam Bloomberg Billionaires Index.

Kekayaannya susut daripada hampir AS$140 bilion ($190.17 bilion) hanya dalam masa beberapa minggu, demikian menurut indeks berkenaan. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3