Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Khidmat jagaan kesihatan awam M'sia hadapi krisis

Isu antara lain termasuk waktu menunggu agak lama, kurang katil hospital dan tenaga kerja
Feb 17, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: "Kadang-kadang ia seperti zon perang".



Begitulah cara pekerja penjagaan kesihatan menggambarkan keadaan kerja mereka di beberapa kemudahan penjagaan kesihatan awam di Malaysia.



Waktu menunggu agak lama, kekurangan katil hospital, kekurangan tenaga kerja dan sumber yang berterusan telah menyebabkan banyak pihak menggesa kerajaan bertindak segera untuk menyelamatkan keadaan.



Seorang pakar bedah ortopedik di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah, Dr Timothy Cheng, mengongsi keadaan menyedihkan itu.



Dalam satu ciapan Twitter kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata isu sumber manusia, kegagalan kemudahan dan beberapa perkara lain merupakan antara sebilangan isu daripada banyak masalah yang dihadapi kemudahan penjagaan kesihatan awam di Malaysia.



"Reagen makmal semakin kehabisan, bekalan antibiotik berkurangan, klinik kehabisan garam rehidrasi oral, beberapa konsultasi doktor-pesakit dilakukan di dalam bilik yang sama," katanya.



"Saya sendiri pernah membawa pesakit turun tangga apabila lif rosak di sebuah hospital. Di hospital lain, lampu dewan bedah jatuh dari siling menghempap doktor," katanya.



"Sesetengah wad kecemasan pula mempunyai pesakit yang amat rapat jaraknya antara satu sama lain sehingga tiada ruang walaupun untuk troli kecemasan." tambahnya.



Dakwanya, sistem kontrak yang dilaksanakan pihak kerajaan pada 2016 telah menyebabkan lebih ramai doktor yang baik pergi ke luar negara.



"Saya masih cuba memujuk mereka untuk kekal tetapi ia semakin sukar," katanya, lapor The Star.



Sementara itu, seorang doktor di sebuah hospital di Lembah Klang mengibaratkan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia sebagai "kapal sedang karam", dengan pekerja perubatan bergelut untuk menangani bilangan pesakit yang tinggi.



"Sistem penjagaan kesihatan itu sendiri dalam tahap sakit. Kami kekurangan katil dan kadangkala pesakit terpaksa menunggu berjam-jam malah berhari-hari.



"Kami hanya boleh lakukan apa yang semampunya di jabatan kecemasan. Apabila pesakit mengalami kesakitan, pekerja penjagaan kesihatan terpaksa menanggung kemarahan pesakit dan keluarganya," katanya.



Beliau akur waktu menunggu yang sangat lama boleh menyebabkan keadaan pesakit bertambah buruk. Dalam sesetengah kes, nyawa boleh terancam.



Seorang lagi ketua jabatan kecemasan di sebuah hospital berkata tempoh menunggu di jabatan kecemasan boleh mencapai sehingga lapan jam kerana kekurangan serius kakitangan, dengan lebih ramai doktor kontrak berhenti.



Baru-baru ini, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang terpaksa menutup zon hijau jabatan kecemasannya selama beberapa jam kerana beban pesakit yang berlebihan.



Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berazam untuk melakukan segala yang boleh untuk menyelesaikan isu kekurangan kakitangan penjagaan kesihatan, kesesakan dan masa menunggu yang lama di hospital awam.



Dalam mesej di TikTok pada Khamis, beliau berkata adalah lebih baik pekerja penjagaan kesihatan yang terkilan membincangkan masalah mereka dengannya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada melakukan mogok, sambil menambah bahawa bantahan tidak akan menyelesaikan masalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >