Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khidmat kesihatan awam Britain minta tempoh peralihan Brexit dilanjut

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Perkhidmatan kesihatan awam Britain semalam menggesa Perdana Menteri Boris Johnson agar melanjutkan tempoh peralihan Brexit negara itu atau menghadapi risiko membebani lagi hospital yang sudah pun bergelut dengan koronavirus sekiranya berlaku pengeluaran tanpa perjanjian daripada pasaran tunggal Kesatuan Eropah (EU).



Sedang Britain berusaha membendung lonjakan kes koronavirus yang disebabkan oleh jenis virus itu yang lebih mudah menular, pemimpin Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata penundaan satu bulan akan membawa hospital keluar daripada "zon bahaya segera".



Mereka mengingatkan perdana menteri itu bahawa "perubahan yang mengganggu" ekoran keputusan tanpa perjanjian akan melanda pada masa NHS sedang "memerangi cabaran terbesar dalam sejarahnya semasa waktu paling sibuknya dalam setahun."



"NHS mungkin tidak dianggap berada di meja perundingan Brexit, tetapi gelombang kejutan gangguan daripada keputusan tanpa perjanjian boleh memaksa keupayaan NHS untuk berfungsi ke hujung kemampuannya," kata Konfederasi NHS, salah satu pertubuhan naungan perkhidmatan kesihatan itu dalam sepucuk surat.



"Memandangkan kita masih beberapa hari jauh daripada hujung tebing, kami mendesak anda untuk melanjutkan peralihan selama satu bulan, memberi NHS beberapa minggu tambahan yang berharga dan membolehkan UK meninggalkan EU setelah tempoh peralihan satu tahun," tambahnya.



Britain secara rasmi meninggalkan EU pada 31 Januari setelah penyepaduan lima dekad, tetapi tempoh peralihan di mana ia tetap terikat dengan peraturan blok itu berakhir pada 31 Disember.



Penyebaran jenis baru koronavirus Covid-19 di seluruh selatan England - dipercayai hingga 70 peratus lebih menular - memaksa penutupan sempadan dan mengancam rantaian bekalan sedang London dan Brussels menghampiri tarikh akhir untuk merunding pengaturan perdagangan masa depan mereka.



Pemimpin NHS memberi amaran bahawa huru-hara perjalanan yang dialami kini mungkin merupakan bayangan krisis itu sekiranya Britain meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian perdagangan.



"Sekiranya kesepakatan tidak dicapai, besarnya dan luasnya gangguan akan menjadi lebih hebat," kata mereka.



NHS akan perlu membuat penyesuaian besar dalam jangka masa yang singkat kerana peraturan, panduan dan maklumat baru akan diperkenalkan mulai 1 Januari sekiranya berlaku pengeluaran tanpa perjanjian dari EU.



Perubahan itu akan berlaku di tengah-tengah peningkatan pesat kes Covid-19 dan pengeluaran vaksin yang baru saja bermula, sedang pekerja NHS letih dan susut, kata konfederasi itu.



Di satu sidang media Isnin lalu, Encik Johnson enggan mempertimbangkan pelanjutan kepada tempoh peralihan.



Seorang jurucakap kerajaan berkata Britain sedang meneroka "setiap jalan menuju perjanjian" dan menambah NHS "akan berkembang selepas tempoh peralihan". - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >