Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khidmat kesihatan UK dijangka hadapi gangguan teruk akibat mogok

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kerajaan Perdana Menteri, Encik Rishi Sunak, memberi amaran kepada rakyat Britain supaya bersiap sedia menghadapi "gangguan besar-besaran" perkhidmatan kesihatan di negara itu, apabila para jururawat dan kakitangan ambulans merancang mengadakan mogok menjelang perayaan Krismas ini.



Sekitar 600 anggota tiga cabang angkatan tentera, telah dilatih untuk memandu ambulans, dan lagi 150 disediakan untuk memberi bantuan logistik, menurut sumber.



Pihak tentera juga diminta tampil bagi menangani pengawal-pengawal sempadan.



"Akan terjadi gangguan yang ketara kepada perkhidmatan yang dapat diberikan oleh NHS (perkhidmatan kesihatan) kepada orang ramai, jika tindakan mogok diteruskan," kata jurucakap kepada perdana menteri, Encik Max Blain, kepada wartawan kelmarin.



"Sudah tentu kita dapat mengurangkannya (gangguan), dengan beberapa langkah, dan rancangan lain yang akan dibincangkan, tetapi orang ramai harus bersedia menghadapi gangguan ini."



Pada Isnin lalu, menteri kabinet, Encik Oliver Dowden, mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecemasan, sementara para menteri lain cuba mengurangkan tekanan tindakan-tindakan pekerja pos dan perkhidmatan kereta api serta pemandu bas.



Kerajaan Encik Sunak menghadapi tekanan sengketa industri terbesar yang pernah berlaku sejak 1980-an, dengan beberapa mogok dirancangkan hampir setiap hari dalam bulan ini, sedang kakitangan awam menuntut kenaikan gaji, sejajar dengan kadar inflasi paling tinggi dalam masa 41 tahun, iaitu lebih 11 peratus.



Sekitar 100,000 kakitangan perawatan dijangka memulaukan tugas mereka pada 15 dan 20 Disember ini.



Tindakan itu akan diteruskan selepas para menteri kelmarin menolak tawaran kesatuan sekerja, untuk menangguhkan mogok dengan mengadakan rundingan mengenai gaji.



Setiausaha Kesihatan, Encik Steve Barclay, mengadakan mesyuarat dengan Maktab Diraja Kejururawatan (RCN), lewat kelmarin, tetapi perkara gaji tidak dibincangkan, kata Encik Blain.



"Kerajaan tetap dengan pendiriannya - mereka tidak mahu membincangkan soal gaji dengan kami," kata Setiausaha Agung RCN, Encik Pat Cullen, dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu.



"Saya perlu memberi sesuatu yang serius untuk meyakinkan para jururawat supaya tidak meneruskan tindakan mogok ini. Kesal, kerana mereka tidak mendapat tambahan gaji."



RCN menuntut kenaikan gaji 5 peratus, di atas kadar inflasi yang sekarang ini sekitar 14.2 peratus - kerana sudah beberapa tahun kenaikan gaji dibekukan.



Pemimpin pembangkang Parti Buruh, Encik Keir Starmer, memberitahu stesen radio LBC bahawa tuntutan kenaikan gaji itu "cukup memadai dan mampu diberi oleh kerajaan". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >