Khidmat YouTube, Gmail, Google Drive terjejas di merata dunia
Khidmat YouTube, Gmail, Google Drive terjejas di merata dunia
Dec 14, 2020 | 8:55 PM
KHIDMAT TERJEJAS DI MERATA DUNIA: YouTube adalah antara khidmat tawaran konglomerat berbilang negara Alphabet Inc yang terjejas. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE -
WASHINGTON: BANYAK khidmat yang ditawarkan konglomerat berbilang negara Alphabet Inc termasuk YouTube, Gmail dan Google Drive terjejas bagi ribuan pengguna merata dunia pada Isnin (14 Disember).
Wadah video syarikat ini tidak boleh beroperasi dan mengeluarkan pesanan silap: "Ada sesuatu yang tidak kena..."
Menurut laman pemantauan bocoran DownDetector, lebih 12,000 pengguna YouTube terjejas di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan India.
Alphabet, bagaimanapun, tidak memberi jawapan segera apabila diminta mengulas. - Reuters

