RIYADH: Arab Saudi mengumumkan khutbah Arafah sempena musim haji 2026 akan diterjemahkan ke dalam 35 bahasa dan disiarkan melalui pelbagai wadah digital bagi membolehkan umat Islam di seluruh dunia mengikuti mesej penting itu secara lebih meluas.

Kepresidenan Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berkata langkah tersebut bertujuan memastikan jemaah dan umat Islam bukan berbahasa Arab dapat memahami kandungan khutbah yang dianggap antara pidato agama paling penting dalam dunia Islam setiap tahun.