Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kilang di Pasir Gudang punyai jumlah tinggi gas beracun

Jul 19, 2019 | 12:04 PM
PERIKSA UDARA: Pegawai yang memakai kelengkapan perlindungan memeriksa mutu udara di Pasir Gudang pada 25 Jun 2019.
PERIKSA UDARA: Pegawai yang memakai kelengkapan perlindungan memeriksa mutu udara di Pasir Gudang pada 25 Jun 2019. - Foto AFP

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa di Malaysia telah mengenal pasti tiga kilang kimia di kawasan perindustrian Pasir Gudang di Johor yang mempunyai jumlah gas beracun yang tinggi.

Semalam (18 Julai), Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Norlin Jaafar berkata kilang itu didapati mengeluarkan gas seperti methyl mercaptan, acrolein dan acrylonitrile.

Ketiga-tiga kilang itu sudah diberi arahan berhenti operasi sementara.

"Kilang ini didapati mempunyai bacaan methyl mercaptan tertinggi dan terletak dalam jarak 3 kilometer dari tiga kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4," ujarnya semasa satu sidang media.

Bagaimanpun, beliau tidak menamakan tiga kilang itu dan tidak mendedahkan sama ada tiga kilang itu bertanggungjawab bagi pencemaran udara toksik bulan lalu sehingga menyebabkan ramai pelajar jatuh sakit serta sekolah ditutup. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg