Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kim tiba di Russia temui Putin sedang AS beri amaran usah bincang bekal senjata

Sep 12, 2023 | 06:37 PM



SEOUL/WASHINGTON/MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, tiba di Russia bagi menghadiri apa yang disifatkan Kremlin sebagai perbincangan komprehensif dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, lapor media Jepun.


Encik Kim meninggalkan Pyongyang untuk ke Russia pada Ahad dengan menaiki kereta api privetnya, dengan diiringi pegawai tinggi industri tentera dan senjata serta menteri luarnya, sedang Amerika Syarikat memberi amaran bahawa mereka tidak sepatutnya bersetuju dengan perjanjian senjata.

Ketibaan Encik Kim juga dilaporkan pada Selasa oleh televisyen kebangsaan Russia, Rossiya 1, yang menunjukkan sebuah kereta api membawa pemimpin Korea Utara itu dengan skim cat hijau zaitun menyeberangi sebuah jambatan.


Encik Kim tidak selalu ke luar negara, hanya melakukan tujuh perjalanan ke luar negara dan dua kali merentasi sempadan antara Korea sepanjang 12 tahun beliau berkuasa sejauh ini. Empat daripada perjalanan itu adalah menuju sekutu politik utama Korea Utara, China.

“Ia satu lawatan sepenuhnya,” kata jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov. “Akan ada rundingan antara dua delegasi, dan selepas itu, jika perlu, para pemimpin akan teruskan komunikasi secara bersemuka.”

Perbincangan turut merangkumi bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan terhadap Pyongyang, kata pegawai Russia.

Pegawai Amerika berkata rundingan senjata antara Russia dengan Korea Utara sedang giat dijalankan, dan Encik Kim dan Encik Putin kemungkinan berbincang menyediakan senjata kepada Russia bagi peperangan di Ukraine.

Encik Putin tiba di Vladivostok pada Isnin, kata agensi berita TASS Russia. Beliau dijadualkan menghadiri sesi plenari Forum Ekonomi Timur, yang berlangsung sehingga Rabu.

Encik Peskov berkata pertemuan Encik Putin dengan Encik Kim akan diadakan selepas forum itu dan tiada sidang akhbar oleh para pemimpin dirancang, menurut agensi berita Russia.

Lokasi pertemuan mesyuarat belum ditetapkan, atau sama ada Encik Kim akan menghadiri forum ekonomi itu.

Kereta api Encik Kim menuju lebih jauh ke utara ke wilayah Amur, menurut agensi berita Jepun, Kyodo News, berdasarkan seorang pegawai Russia yang tidak dinamakan, dan ada kemungkinan beliau akan mengadakan perbincangan dengan Encik Putin di kosmodrom Vostochny di sana.


Encik Putin berkata pada Selasa bahawa beliau merancang untuk pergi ke Vostochny tetapi tidak menyatakan sama ada dia bercadang untuk bertemu Encik Kim di sana.

Presiden Russia itu, menjawab soalan di forum ekonomi, berkata beliau mempunyai program sendiri untuk melawat Vostochny dan “apabila saya sampai di sana, anda akan tahu”.

Pyongyang dan Moscow telah menafikan bahawa Korea Utara akan membekalkan senjata kepada Russia, yang telah membelanjakan stok besar senjata dalam lebih 18 bulan peperangan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >