Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kiraan semula undi Georgia sahkan kemenangan Biden

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



ATLANTA (Georgia): Pegawai Georgia kelmarin melengkapkan kiraan semula undi pilihan raya presiden yang berlangsung 3 November lalu, yang menunjukkan Bakal Presiden Joe Biden tetap mendahului kiraan undi dengan jurang yang tipis tetapi penting, sekali gus memberikan satu lagi tamparan terhadap usaha Presiden Donald Trump membatalkan keputusan itu.



Pejabat Setiausaha Negeri Georgia mengumumkan Encik Biden mendapat kelebihan 12,284 undi.



Kiraan semula lima juta undi di Georgia diperintahkan setelah kiraan awal mendapati Encik Biden mendahului dengan 12,780 undi, atau sekitar 0.3 mata peratusan.



"Audit pertama bersejarah di serata Georgia menunjukkan bahawa sistem undi kertas terkawal yang baru di negeri ini telah dihitung dan dilaporkan dengan tepat," kata Setiausaha Negeri Georgia, Encik Brad Raffensperger, seorang anggota Republikan.



"Ini adalah penghargaan atas kerja keras pegawai pilihan raya daerah dan setempat yang bergerak pantas melaksanakan dan menyelesaikan tugas penting seperti itu dalam jangka waktu yang singkat."



Walaupun kiraan itu menunjukkan ada undi yang tidak terhitung di empat daerah yang menambah undi bagi Encik Trump, ia tidak cukup mengubah keputusan pilihan raya, yang diisytiharkan buat Encik Biden minggu lalu, menjadikannya Demokrat pertama yang memenangi Georgia sejak Encik Bill Clinton pada 1992.



Encik Raffensperger mengarahkan kiraan semula undi pilihan raya presiden untuk meyakinkan pengundi bahawa pilihan raya telah dilakukan dengan adil. Beliau mempunyai hingga akhir semalam untuk mengesahkan keputusan pilihan raya.



Gabenor Brian Kemp kemudian akan menandatangani senarai pengundi.



Setelah kiraan undi disahkan, undang-undang negeri membenarkan kempen Encik Trump meminta kiraan semula, memandangkan jurang yang amat tipis. Kempen mempunyai sehingga 24 Nov untuk membuat permintaan itu.



Kiraan semula itu memerlukan daerah memasukkan kertas undi melalui pengimbas sekali lagi, dan bukannya hitungan dengan tangan. Hanya mahkamah yang boleh memerintahkan daerah supaya mengira undi dengan tangan lagi.



Usaha Encik Trump membatalkan keputusan pilihan raya telah melibatkan tuntutan guaman dan tuntutan kiraan semula undi di beberapa negeri.



Di Georgia, kesan pilihan raya mengakibatkan anggota Republikan menentang anggota Republikan lain, sedang kempen Encik Trump dan penyokongnya mendakwa tanpa memberi bukti bahawa pilihan raya itu dipenuhi kepalsuan.



Senator Amerika Syarikat, Kelly Loeffler dan David Perdue, yang mempertahankan kerusi mereka dalam pilihan raya lanjut yang sangat sengit pada Januari ini yang akan menentukan pihak mana akan menguasai Senat, minggu lalu mendesak agar Encik Raffensperger meletak jawatan atas dakwaan tidak berasas ada penipuan pilihan raya.



Namun Encik Raffensperger telah mempertahankan integriti pilihan raya tersebut.



Dalam satu wawancara Selasa lalu, beliau mengkritik apa yang disebutnya sebagai "kempen salah maklumat, informasi tidak betul dan pembohongan secara terang-terangan mengenai proses di Georgia."



Setiausaha negara itu mengatakan bahawa tuduhan Trump yang kerap dan tidak berasas bahawa pengundian melalui pos penuh dengan penipuan mungkin menyebabkan kekalahannya kerana anggota Republik tidak gemar menggunakan undi pos.



Encik Trump dan sekutunya juga telah mengemukakan tuntutan guaman di Georgia.



Salah satunya, yang menuduh bahawa kurang daripada 60 surat undi tidak hadir di Chatham County dihitung secara tidak wajar, telah ditolak.



Satu lagi usaha untuk menghentikan negeri itu daripada mengesahkan keputusan sedang dipertimbangkan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >