Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PANDANGAN

Kissinger harapan terakhir perbaiki hubungan AS-China?

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



PADA usia 99 tahun, mantan setiausaha negara Amerika Syarikat, Dr Henry Kissinger, dihormati secara meluas, terutamanya di Barat. Namun sebaliknya, beliau tidak dipedulikan oleh negaranya sendiri.



Jika nasihat beliau tidak diabaikan, kita tidak akan mengalami krisis di Ukraine dan Taiwan sekarang.



Mengenai Ukraine, Dr Kissinger menyarankan formula kompromi dalam satu artikel Washington Post pada 2014 di mana kedua-dua Barat dan Russia mengorbankan sesuatu.



Russia perlu menerima Ukraine sebagai negara merdeka, bebas menyertai Kesatuan Eropah (EU) jika ia mahu berbuat demikian.



Barat pula perlu mengisytiharkan Ukraine tidak akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). Oleh itu, Russia tidak rasa terancam oleh tentera dan senjata Nato yang dekat dengan sempadannya.



Jika formula Dr Kissinger telah diterima pakai, Ukraine dapat mengelakkan perang sekarang. Ribuan nyawa rakyatnya akan diselamatkan.



Mengenai Taiwan, Dr Kissinger, dalam temu bual dengan Bloomberg pada 20 Julai lalu, berkata Amerika harus menghentikan "konfrontasi yang tidak berkesudahan" dengan China.



Mengingkari nasihat bijaknya, Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, 82 tahun, memutuskan untuk melawat Taiwan hampir dua minggu selepas temu bual itu, mengetahui sepenuhnya bahawa China tidak mempunyai pilihan selain perlu bertindak balas terhadap provokasi yang disengajakan.



Sememangnya, terdapat kemungkinan nyata bahawa hubungan negatif antara dua negara ini boleh menjadi tidak terkawal, dengan kemalangan ketenteraan sama ada di Laut China Selatan atau Selat Taiwan mencetuskan perang antara mereka.



Jadi apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan lingkaran ke bawah bahaya ini dalam hubungan Amerika-China?



Terdapat penyelesaian yang boleh dipersetujui dua pihak tanpa kehilangan muka.



Penyelesaian ini bersandarkan pada satu asas: Dr Kissinger adalah segelintir rakyat Amerika yang dihormati di Beijing dan Washington.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dan rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, boleh bersetuju bahawa Dr Kissinger boleh diterbangkan ke Beijing untuk memulihkan hubungan Amerika-China.



Terdapat tiga langkah kecil yang boleh dipersetujui kedua pihak.



LANGKAH PERTAMA: TIADA PERANG NUKLEAR



Langkah pertama adalah buat kedua-dua pihak mengisytiharkan tidak akan memulakan perang nuklear. Oleh itu, walaupun pesawat Amerika ditembak jatuh secara tidak sengaja di Laut China Selatan atau jika kapal pemusnah China secara tidak sengaja tenggelam di Laut China Timur, kedua-dua pihak bersetuju tidak meningkatkan insiden ini menjadi perang nuklear.



Jelas sekali, pemimpin dua negara ini memahami bahaya perang nuklear. Secara teori, kedua-dua pihak bersetuju "perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh dimulakan".



LANGKAH KEDUA: HAPUSKAN TARIF PERDAGANGAN



Langkah kedua adalah bagi dua pihak segera menghapuskan semua tarif perdagangan yang dikenakan antara satu sama lain semasa pentadbiran Trump.



Malah, lebihan perdagangan China dengan Amerika telah meningkat selepas tarif Encik Trump itu dikenakan, daripada AS$342 bilion ($471 bilion) pada 2019 kepada AS$353 bilion pada 2021.



Pekerja dan pengguna Amerika terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi produk pengguna kerana tarif ini.



Inilah sebabnya mengapa Encik Biden, semasa kempen pada 2019, berkata "Presiden Trump mungkin fikir beliau bersikap tegas terhadap China. Semua yang beliau sampaikan akibat perkara ini adalah petani, pengilang dan pengguna Amerika kerugian dan membayar lebih".



Jika China turut bersetuju menghapuskan tarif ini, rakyat Amerika akan mendapat manfaat. Dan seluruh dunia akan bersorak jika Dr Kissinger dapat mencapainya dengan pertumbuhan ekonomi global juga akan meningkat.



LANGKAH KETIGA: SAMBUNG SEMULA PERBINCANGAN IKLIM



Langkah ketiga ialah kedua-dua pihak bersetuju menyambung semula rundingan iklim. Perubahan iklim adalah cabaran sama yang dihadapi China dan Amerika. Namun, sejak China menghentikan rundingan iklim sebagai tindak balas kepada lawatan Cik Pelosi, Amerika boleh membuat konsesi untuk memujuk Beijing kembali ke meja rundingan.



Satu pakej perjanjian di mana China dan Amerika bersetuju dengan kerjasama iklim (dan juga angkasa lepas) akan menunjukkan bahawa satu tahap minimum telah dapat diwujudkan dengan hubungan Amerika-China tidak boleh turun ke bawah tahap tersebut.



Tiada satu pun daripada tiga langkah ini akan membayangkan tamatnya pertandingan geopolitik besar-besaran Amerika-China.



Namun, tiga langkah ini akan memastikan bahawa walaupun persaingan geopolitik mereka semakin pantas, akan ada tahap dan batas jelas di mana dua kuasa besar itu tidak boleh jatuh ke bawah tahap berkenaan.



Seluruh dunia akan menarik nafas lega apabila tahap sedemikian diwujudkan bagi hubungan Amerika-China.



Dunia juga akan menghantar ucapan terima kasih kepada Dr Kissinger jika beliau mencapai semua ini dalam lawatan ke Beijing. Ia akan menunjukkan bahawa beliau tetap dihormati dan dipedulikan.



Kishore Mahbubani, seorang diplomat veteran, adalah seorang felo terkenal di Institut Penyelidikan Asia di Universiti Nasional Singapura (NUS), dan pengarang beberapa buku, termasuk The Asian 21st Century. Rencana ini kali pertama diterbitkan di The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >