Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kiswah Kaabah dinaikkan jelang musim haji

May 23, 2024 | 2:04 PM
Bahagian bawah kain kelambu hitam yang menutupi Kaabah, dikenali sebagai kiswah, mula dinaikkan agar bebas daripada sebarang pencemaran, menjelang musim haji apabila jemaah melakukan tawaf.
Bahagian bawah kain kelambu hitam yang menutupi Kaabah, dikenali sebagai kiswah, mula dinaikkan agar bebas daripada sebarang pencemaran, menjelang musim haji apabila jemaah melakukan tawaf. - Foto FACEBOOK SAUDI PRESS AGENCY

RIYADH: Selaras dengan tradisi tahunan, bahagian bawah kiswah – kain kelambu hitam yang direka dengan rumit menutupi Kaabah – di Makkah, dinaikkan pada 22 Mei, menjelang musim haji 2024.

Seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, bahagian yang terdedah itu ditutup dengan kain kapas putih, selebar dua setengah meter dan sepanjang 54 meter pada keempat-empat sisi, lapor agensi berita, Saudi Press Agency (SPA).

Seramai 36 orang kakitangan teknikal khusus dengan bantuan 10 kren, melaksanakan prosedur itu.

Seperti yang diterangkan dalam laporan SPA, kiswah diangkat dalam beberapa peringkat: Ia bermula dengan membuka skru bahagian bawah penutup dari semua sisi, memisahkan sudut, kemudian membuka ikatan tali bawah dan mengeluarkannya dari cincin penetapan. Selepas itu kain itu digulung ke atas.

Prosedur itu diulang setiap tahun, untuk melindungi kiswah daripada kotoran dan rosak ketika jemaah haji mengelilingi Kaabah, melakukan tawaf.

Haji tahunan di Arab Saudi dianggap sebagai perhimpunan terbesar di dunia, dengan 2012 menyaksikan jumlah anggota jemaah paling ramai iaitu 3.16 juta.

Setiap tahun, pada hari kesembilan Zulhijah, kain sutera hitam itu ditanggalkan dan disarungkan kiswah baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg