Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KJ sebagai DJ pikat hati pendengar

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Baru hari pertama bertugas di konti HotFM, mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, mula memikat pendengar yang rata-rata suka dengan celoteh, jenaka dan sifat selambanya mengendalikan slot popular, Bekpes Hot, di stesen radio itu, pada pagi Rabu.



Seorang pendengar yang menghubungi konti HotFM menganggap Encik Khairy sebagai individu yang sarat humor berdasarkan kisah di sebalik slogan 'Menang 'Selfie', Kalah Undi' yang diceritakannya dalam slot berkenaan.



Sepanjang berada di konti, Encik Khairy, yang mesra disapa KJ, sempat melayan tiga pemanggil dan antara topik yang dibualkan adalah penjagaan kesihatan melalui aktiviti sukan dan perkembangan bola sepak luar negara, lapor Berita Harian Malaysia.



Apabila salah seorang pemanggil mengaku dirinya peminat kelab bola sepak Chelsea, Encik Khairy bertanya pandangan pemuda itu mengenai prestasi kelab berkenaan selepas dilaporkan berbelanja besar untuk pembangunan organisasi itu.



Menerusi segmen Bekpes Hot itu, Encik Khairy bergandingan dengan dua penyampai iaitu Johan dan AG. Seorang lagi penyampai, Fara Fauzana, sedang menunaikan umrah.



Selain menyalurkan maklumat dan membincangkan isu semasa, Encik Khairy turut berkongsi butiran peribadinya termasuk latar belakang pendidikan dan kerjaya, selain pengalaman kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November 2022, sepanjang empat jam bersiaran.



Sementara itu, Encik Khairy dilaporkan sah menyertai kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT).



Perkembangan itu dimaklumkan kelab berkenan dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, pada Rabu.



Kelab itu memaklumkan bahawa Encik Khairy dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.



"JDT ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



"JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai penasihat belia Johor," kata kelab itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >