Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL hantar pulang 28 militan Uighur ke China sejak 2013

Jan 13, 2017 | 08:07 AM



BEIJING: Malaysia menghantar pulang 28 militan Uighur ke China sejak 2013 hasil perkongsian risikan antara Kuala Lumpur dan Beijing, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Khamis (12 Jan).



Beliau berkata militan itu - ahli Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) - ditahan di Malaysia semasa dalam perjalanan ke Turkey untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



ETIM diasaskan oleh militan Uighur di wilayah Xinjiang, di barat China.



"Perisikan China berkongsi maklumat mereka, termasuk biometrik, dengan kami. Militan itu ditahan sebelum mereka boleh meninggalkan Malaysia," katanya kepada media Malaysia, lapor akhbar New Straits Times (NST) dalam laman webnya.



"Mereka ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Penggansan di Negara Asing 2015."



Datuk Seri Dr Zahid berada di China untuk lawatan lima hari mulai Selasa atas undangan Menteri Keselamatan Awam China, Encik Guo Shengkun.



Beliau mengadakan mesyuarat dengan Encik Guo; Setiausaha Ehwal Politik, Undang-Undang Parti Komunis China, Encik Meng Jianzhu; dan presiden baru Polis Antarabangsa (Interpol), Encik Meng Hongwei, seorang warga China.



Datuk Seri Dr Zahid berkata pihak berkuasa China mengucapkan terima kasih kepada Malaysia bagi penangkapan ahli ETIM.



Beijing juga memuji Malaysia kerana bantuannya dalam meleburkan sindiket yang anggotanya termasuk rakyat Malaysia dan China.



Mereka dilaporkan menipu sekurang-kurangnya RM12.9 bilion ($4.1 bilion) daripada warga China dalam pelbagai penipuan, lapor NST.



Datuk Seri Dr Zahid berkata 744 ahli sindiket, yang menetap di Malaysia, ditangkap sejak beberapa tahun kebelakangan.



Beliau juga berkata Beijing akan menyediakan teknologi dan peralatan terbaru kepada Pusat Komunikasi Balas Pemesejan Digital Serantau yang berpangkalan di Kuala Lumpur bagi memerangi pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >