Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL kenal pasti 25 'titik panas' dalam usaha elak banjir kilat

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 25 'titik panas' banjir kilat di ibu kota itu dalam usaha mengatasi masalah itu.



Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming, berkata beliau telah meminta DBKL memberi perhatian dan keutamaan khusus kepada projek tebatan banjir dan kerja penyelenggaraan sistem perparitan bagi tujuan itu.



Beliau berkata banjir kilat adalah masalah kronik yang bukan sahaja meresahkan rakyat, malah menjejas imej Kuala Lumpur.



"Tindakan segera mesti diambil terutamanya semasa musim tengkujuh di negara kita," katanya dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Nga, di pejabatnya di Putrajaya kelmarin.



Dalam mesyuarat itu, Encik Nga juga telah meminta agar mesyuarat bulanan secara tetap diadakan antara Datuk Bandar KL dengan Anggota Parlimen (AP) di wilayah itu, bermula awal tahun depan.



Mesyuarat itu bertindak sebagai wadah untuk mendengar permasalahan yang berlaku di ibu kota, selain mengadakan perbincangan antara pengurusan tertinggi DBKL dengan wakil rakyat.



"Wakil rakyat adalah jambatan penghubung antara agensi kerajaan dengan rakyat marhaen.



"Amatlah penting Datuk Bandar dan pihak pengurusan tertinggi DBKL mendengar dan berbincang dengan wakil rakyat untuk mencari jalan mengatasi masalah yang timbul demi kesejahteraan warga Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.



Selain itu, Encik Nga juga mengarahkan DBKL supaya meningkatkan pencahayaan di kawasan pelancongan, di samping meraikan kepelbagaian budaya.



"DBKL perlu mengindahkan beberapa kawasan strategik di ibu kota, khususnya kawasan yang menjadi tumpuan pelancong, antaranya Bukit Bintang Walk dan Petaling Street.



"DBKL digalak mengadakan kerjasama bersama pihak swasta supaya tempat strategik ini setaraf dengan jalan ikon bandar raya di dunia seperti Oxford Street di London, Orchard Road di Singapura dan Ginza Street di Tokyo.



"Pemasangan lampu hiasan LED yang menjadi tumpuan pelancong wajar diadakan pada setiap musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, sambutan Deepavali dan Krismas supaya ia benar-benar sepadan dengan slogan pelancongan negara Malaysia, Truly Asia," katanya.



"Peranan DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan juga perlu diperkasa agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang bersih, indah, hijau dan mesra pengunjung," katanya.



Beliau menambah, DBKL juga perlu menimbangkan bagi pembinaan trek, termasuk untuk berlari-lari anak dan laluan basikal, untuk memupuk gaya hidup sihat dan cergas. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >