Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL mula lengang apabila penduduk balik beraya

Apr 21, 2023 | 04:14 PM



KUALA LUMPUR: Keadaan di Kuala Lumpur mula lengang apabila ramai anak kota balik kampong untuk menyambut Aidilfitri.





Sebelumnya, terdapat tidak kepastian jika hari raya jatuh pada Jumaat, dan ramai lega apabila anak bulan tidak kelihatan. Ini berbeza dengan keadaan tahun 2022.





Teringat akan insiden ‘raya mengejut’ tahun lepas apabila umat Islam menyambut hari kemenangan itu awal sehari dari jangkaan.





Ada dalam kalangan penumpang bas ekspres membeli dua tiket berlainan tarikh kerana bimbang sambutan Aidilfitri mengejut seperti tahun lalu.





Penumpang, Encik Muhammad Nor Firdaus, 37 tahun, mengakui membeli dua tiket berlainan tarikh iaitu untuk perjalanan pada Khamis dan Jumaat.





Katanya, walaupun mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM90 ($27.03) untuk membeli dua tiket, tetapi katanya, paling utama ialah dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada raya pertama.





Bagi mereka yang menaiki kenderaan persendirian menyaksikan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara sesak berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.





Tambahan trafik ini juga dikatakan setelah kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Aidilfitri.





Tol Rahmah percuma itu diberikan pada 19 April (Rabu) hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin).





Sehingga 2.3 juta kenderaan sehari akan berada di atas tiga lebuh raya utama secara berperingkat-peringkat bermula pada Selasa hingga 7 Mei sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.





Lebuh-lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >