Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KL usaha bebaskan doktor yang ditahan Israel dalam misi ke Gaza

Oct 06, 2016 | 12:09 PM



PETALING JAYA: Kementerian Luar Malaysia berkata pada Khamis (6 Oktober) ia sedang berusaha mendapatkan pembebasan seorang doktor wanita Malaysia yang menaiki sebuah kapal bantuan yang ditahan oleh tentera Israel di perairan Gaza pada Rabu.



Dr Fauziah Hasan dan 12 sukarelawan wanita lain berada dalam misi Bot Wanita Ke Gaza di atas kapal Zaytouna-Oliva apabila mereka ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel dan dibawa ke pelabuhan Ashdod di Israel.



"Pada masa ini, Kementerian Luar sedang berhubungan dengan beberapa pihak untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Khamis.



Ia berkata usaha sedang diambil untuk mendapatkan pembebasan awal Dr Fauziah, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan itu, yang menuju ke Gaza untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.



Tidak jelas apa langkah yang sedang diambil. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.



Dr Fauziah seorang konsultan di Hospital Specialis Ampang Puteri di Kuala Lumpur dan anggota Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCare).



Dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh inisiatif Bot Wanita Ke Gaza pada Rabu malam, Dr Fauziah berkata beliau sedang "ditahan secara haram oleh rejim Israel".



"Saya sedang ditahan secara haram oleh rejim Israel. Saya merayu kepada semua pemimpin dunia, rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia dan semua rakyat yang cintakan keamanan di seluruh dunia supaya menggunakan semua tindakan bagi membebaskan kami daripada penahanan menyalahi undang-undang rejim Israel ini," kata Dr Fauziah dalam video itu.



Ia antara beberapa video yang menampilkan anak kapal bot itu yang dimuat naik ke YouTube, yang dipercayai dirakam terlebih dahulu.



Bot Wanita Ke Gaza berkata di laman web rasminya bahawa sukarelawan lain di atas kapal itu termasuk Cik Mairead Maguire, pemenang Hadiah Nobel keamanan 1976, dari Ireland Utara



"Penumpang terdiri daripada 13 wanita, termasuk Mairead Maguire, pemenang Hadiah Nobel keamanan 1976 dari Ireland Utara, Fauziah Hasan, seorang doktor dari Malaysia, dan askar bersara AS, Kolonel Ann Wright," kata Bot Wanita Ke Gaza. - The Star/Asia News Networkk




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >