Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Klang dilanda banjir dek hujan lebat

Jun 05, 2023 | 05:09 PM



KLANG: Para penduduk di sesetengah kawasan Bandar Bukit Raja dikejutkan dengan banjir akibat hujan lebat yang melanda pada pagi hari.


“Fasa 1 Bandar Bukit Raja, terutama kawasan Jalan Makyong, terjejas teruk selepas hujan berterusan lebih daripada dua jam pada awal pagi ini,” kata presiden persatuan penduduk Bandar Bukit Raja, Encik Mohd Zulkifli Othman.

Beliau berkata hujan lebat itu mengakibatkan kolam takungan air di Bandar Bukit Raja melimpah ruah dan lantas menyukarkan Sungai Puloh yang terletak berdekatan, tidak mampu menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila air pasang penuh dan pintu kawalan air ditutup.

Akibatnya, limpahan air daripada Setia Alam ke arah Sungai Kapar Kecil dan Sungai Puloh, melanda terutamanya Jalan Makyong, yang lebih rendah kawasannya,” tambahnya.

Jalan utama dan beberapa buah rumah ditenggelami air dengan paras air mencecah sekitar 0.3 meter.

“Kami harap Majlis Perbandaran Klang akan menggorek lebih dalam dan meluaskan Sungai Puloh sehingga ke pintu air di samping mewujudkan lencongan bagi air mudah mengalir,’‘ ujar Encik Mohd Zulkifli.

Beliau berkata terdapat keperluan menyediakan kolam takungan air banjir di Sementa yang terletak berdekatan kawasan yang terjejas itu.

“Kolam takungan yang baru ini boleh berfungsi sebagai saluran air daripada Sungai Puloh sekiranya terdapat limpahan air daripada Setia Alam dan Bukit Raja akibat hujan lebat,’‘ tambahnya.

Di Shah Alam, tujuh pekerja sebuah institut memandu di jalan Kuala Selangor, Ijok, terpaksa diselamatkan selepas mereka terperangkap sekitar 30 minit akibat banjir kilat yang berlaku Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Wan Md Razali Wan Ismail, menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi yang meminta bantuan menyelamatkan para mangsa berusia 18 dan 55 tahun.

Lima anggota bomba daripada Stesen bomba Bestari Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika itu air sudah mencecah sedalam 1 meter.

“Kesemua mangsa sedang bekerja apabila banjir melanda, memerangkap mereka dalam pejabat institut memandu itu,’‘ tambahnya sambil berkata sebuah bot digunakan dalam kerja-kerja menyelamat.

Sementara itu, seorang wanita berusia 57 tahun terperangkap dalam keretanya ketika banjir kilat melanda kawasan Klang Sentral, Jalan Meru, sekitar 5.45am pagi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kejadian itu berlaku apabila wanita berkenaan melintas jalan yang digenangi air banjir dan akibatnya kereta beliau tersadai. - STAR/ASIA NEWS NETWORK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >