SPH Logo mobile
Langgan|

Klinik psikiatri di Osaka terbakar, 27 mungkin terkorban

Klinik psikiatri di Osaka terbakar, 27 mungkin terkorban

Dec 18, 2021 | 5:30 AM

Klinik psikiatri di Osaka terbakar, 27 mungkin terkorban

HANGUS: Bahagian dalam bangunan yang terbakar di Osaka, Jepun dapat dilihat menerusi tingkap yang pecah dan hangus. - Foto REUTERS
HANGUS: Bahagian dalam bangunan yang terbakar di Osaka, Jepun dapat dilihat menerusi tingkap yang pecah dan hangus. - Foto REUTERS -

TOKYO: Sekurang-kurangnya 27 orang mungkin terkorban selepas satu kebakaran yang disyaki dicetus dengan sengaja di sebuah klinik psikiatri di bandar Osaka di Jepun, semalam.

Polis menyiasat laporan bahawa seorang lelaki telah menyebabkan kebakaran di bangunan tersebut, lapor media setempat.

Seorang warga emas lelaki telah memasuki bangunan itu dengan membawa masuk beg yang mengandungi bahan bakar dan mencetuskan kebakaran itu, menurut akhbar Yomiuri.

Kebakaran itu berlaku setelah klinik tersebut, yang terletak di tingkat empat sebuah bangunan pejabat, dibuka pada 10 pagi.

Api dipadam dalam masa 30 minit.

Rakaman video menunjukkan puluhan ahli bomba yang bertungkus lumus menangani kejadian tersebut di luar dan di dalam bangunan berkenaan.

Bahagian dalam bangunan yang terbakar itu dapat dilihat menerusi tingkap yang pecah dan hangus.

Terletak di sebuah kawasan beli-belah dan hiburan tidak jauh dari stesen MRT Osaka, bangunan itu juga menempatkan sebuah salun kecantikan, kedai baju dan sekolah bahasa Inggeris. - AFP, Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg