Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Klinik SGH yang sedia rawatan holistik sindrom usus rengsa (IBS) tangani lebih banyak kes

May 17, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH kes yang ditangani oleh sebuah klinik di Hospital Besar Singapura (SGH) yang menawarkan pendekatan bersepadu bagi sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome, atau IBS) meningkat dengan mantap sejak ia dilancarkan pada 2019.



IBS adalah kesakitan gastrousus paling biasa, dan gejalanya termasuk sakit perut, cirit-birit dan sembelit.



Di klinik itu, lebih banyak masa ditepikan bagi mengenal pasti kenapa pesakit menghadapi isu-isu itu, dan terdapat seorang ahli psikologi yang menangani isu psikologi seperti lemah mekanisme menghadapi IBS dan ciri personaliti yang memburukkannya.



Pada 2021 dan 2022, klinik itu menangani 300 pesakit setiap tahun, bertamba daripada 200 pesakit pada 2000.



Dari Januari hingga Mac 2023, terdapat lebih kurang 100 pesakit, menjadikan jumlah yang diunjurkan sekitar 400 pesakit sepanjang 2023.



Konsultan gastroenterologi di SGH yang mengasaskan klink itu pada April 2019, Dr Andrew Ong, berkata beliau sekarang mendapat rujukan dari hospital lain, termasuk hospital swasta.



Dr Ong berkata rawatan holistik bersama ahli psikologi menangani interaksi dua hala antara usus dan sistem gastrousus, yang dikenali sebagai gut-brain axis, yang sering diabaikan dalam rawatan IBS.



Interaksi itu boleh menjelaskan sebab ada orang sakit perut atau cirit-birit sebelum sesuatu acara penting.



Tekanan dan kebimbangan boleh mencetuskan atau memburukkan IBS, kerana perubahan dalam otak semasa seorang dalam keadaan tertekan menjejas cara seorang itu menanggap isyarat sakit dari perut.



Sebaliknya, kesakitan di bahagian perut boleh menyebabkan isu psikologi seperti kebimbangan atau kemurungan.



IBS menjejas sekurang-kurangnya satu dalam 10 orang di dunia, dan ia berlaku disebabkan interaksi luar kebiasaan antara perut dan otak.



Tetapi faktor psikologi dan sosial biasanya hanya signifikan dalam kes rumit, kata Dr ong.



Beliau menambah bahawa walaupun bilangan pesakit di klinik IBS itu bertambah dengan mantap, ia tidak mencerminkan beban tinggi jumlah pesakit kerana ahli gastroenterologi umum masih merawat sebahagian besar pesakit.



Dr Ong memulakan klinik itu untuk merawat kes rumit.



"Gejala IBS betambah kerana banyak perkara, termasuk unsur biologi, psikologi dan sosial. Jika anda tidak menangani semua isu itu, pesakit tidak akan bertambah baik."



Institusi lain boleh menyediakan pendekatan pelbagai disiplin, di mana doktor dan ahli psikologi merawat pesakit secara bebas, tidak seperti di klinik setiap Selasa itu, di mana pesakit berjumpa kedua-duanya, doktor dan ahli psikologi, dalam satu lawatan, ujar beliau.



Lagipun, tidak ramai ahli gastroenterologi yang belajar pendekatan itu secara terperinci, tambahnya.



Pesakit yang dirawat di klinik mingguan itu selalunya diberitahu oleh doktor mereka bahawa masalah IBS mereka ada kaitan dengan stres kerana hasil imbasan dan skop yang dijalani mereka semuanya negatif.



Dr Ong juga mempunyai beberapa pesakit asing dari rantau ini.



"Kami akan menghabiskan banyak masa mendidik mereka tentang apa sebenarnya yang berlaku. Jadi kami memberitahu mereka: 'Ini adalah masalah usus. Ini bukan isu fikiran mereka'."



Seorang pesakit wanita yang mengalami sembelit melawat klinik IBS itu setelah berjumpa pelbagai doktor sektor awam dan swasta.



Mereka memberinya ubat julap, tetapi keadaannya tidak berubah.



Dr Ong perasan bahawa wanita itu seorang ahli sukan semasa di sekolah, dan bekerja dalam keadaan tertekan.



Wanita itu juga mempunyai personaliti 'Jenis A' dan Dr Ong mendapat tahu proses membuang air besar bak satu persembahan baginya.



"Dan jika beliau tidak boleh melakukannya, beliau melegakan akan berasa lebih tertekan, sekali gus menambah tekanan ke atas dirinya untuk melakukannya," kata beliau.



"Akhirnya, wanita itu sembuh setelah beliau sendiri memahami bahawa proses itu bukan sebuah persembahan. Ia hanya satu proses yang biasa dilakukan oleh ramai orang."



Klinik IBS itu akan berkembang pada 2024, jika SGH boleh menggajikan seorang lagi ahli gastroenterologi yang ingin melakukan kepakaran itu, menurut Dr Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >