Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Klip rakaman suara dakwa libatkan Azmin dimuat naik di YouTube

Jun 20, 2019 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Dua klip video disebarkan kelmarin, yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Satu klip video sepanjang 46 minit bertajuk, Azmin love Haziq 3/4, dimuatnaikkan ke YouTube, mencadangkan ia sebahagian daripada satu siri video seks yang menggemparkan politik Malaysia.



Ia tidak mempunyai imej tetapi kelihatan sebagai rakaman audio dua lelaki sedang berbual dan bersetuju untuk bertemu secara rahsia di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.



Pemuat naik video itu mendakwa kedua-dua lelaki berkenaan adalah individu yang sama yang dilihat dalam video seks yang disebarkan minggu lepas.



Pengguna YouTube itu yang menggunakan nama Rahim Jaafar, mendakwa perbualan tersebut dirakam di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Mac lalu.



Satu lagi klip video, yang dikongsi di aplikasi sembang, WhatsApp, diambil dari sudut rendah dan hanya menunjukkan badan dan kaki lelaki sementara wajah lelaki terlibat tidak dapat dilihat.



Kemunculan dua klip video terbitan terbaru itu ialah susulan klip video berasingan yang merakamkan seks gay dan disebarkan minggu lalu melalui WhatsApp kepada wartawan dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Dalam kumpulan klip pertama, yang dikeluarkan pada 11 Jun, terdapat klip yang menunjukkan dua lelaki di atas katil di dalam sebuah bilik hotel, dikatakan hotel terkemuka di bandar Sandakan, Sabah, pada 11 Mei.



Seorang pemimpin sayap pemuda negeri PKR, Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, mendakwa dalam satu video pada 12 Jun bahawa beliau merupakan salah seorang lelaki dalam video seks itu dan mendakwa lelaki seorang lagi itu pula ialah Datuk Azmin, yang juga timbalan presiden PKR.



Datuk Azmin menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai rancangan "jahat" untuk memusnahkan kerjaya politiknya.



Satu lagi klip daripada video yang sama disebarkan pada 12 Jun.



Datuk Azmin kelmarin menuduh puak saingannya dalam PKR, yang dipimpin oleh presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai dalang di sebalik video seks yang bertujuan mencemarkan namanya itu.



Datuk Seri Anwar menafikan penyokong beliau mendalangi penyebaran klip-klip video itu.



Polis kelmarin berkata ia masih menjalankan siasatan bagi menentukan ketulenan video tersebut.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata:



"Siasatan kes itu sedang berjalan dan kami masih menunggu siasatan berkenaan dilengkapkan. Ia termasuklah siasatan bagi mengenal pasti ketulenan video berkenaan.



"Siasatan kami menyeluruh, sesiapa saja yang dirasakan perlu bagi membantu siasatan kes ini akan dipanggil," katanya kepada pemberita semalam, selepas sebuah acara di ibu pejabat polis Bukit Aman.



Datuk Mazlan berkata polis tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk siasatan disiapkan dan tiada tangkapan terbaru.



Pada Jumaat lalu, Encik Haziq ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan tiket penerbangan menunjukkan beliau hendak ke Manila, ibu negara Filipina.



Ketua Pemuda Santubong PKR itu dibebaskan dengan ikat jamin polis esoknya.



Beliau sedang disiasat di bawah empat pertuduhan, termasuk bagi hubungan seksual di luar tabii dan mengedarkan bahan lucah.



Kelmarin, Datuk Azmin berkata beliau yakin konspirasi bertujuan mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran klip video seks itu dilakukan "orang dalam" PKR.



Datuk Azmin berkata sejak awal beliau yakin perbuatan itu agenda politik pihak tertentu.



"Dari awal saya yakin ini adalah agenda politik orang tertentu bertujuan menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan pada hari ini dan dalam politik, saya yakin umum sudah lihat siapa dalam episod ini," katanya - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >