Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konflik di Myanmar makin buruk, amaran Kumpulan Krisis Antarabangsa

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Satu laporan baru daripada Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) membentangkan tentang keadaan huru-hara di Myanmar sedang konflik di negara itu terus bertambah buruk susulan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.



Malah, sesetengah anggota militia bersenjata di negara itu telah menyebabkan kecederaan serius terhadap tentera Myanmar, atau Tatmadaw.



Mereka yang menggunakan senapang untuk memburu haiwan serta senjata lain yang dibuat sendiri kian menggunakan senjata yang lebih baik.



Sementara itu, Tatmadaw pula telah bertindak balas dengan serangan secara rambang di kawasan yang mempunyai ramai orang, menggunakan meriam, serangan udara dan helikopter yang dilengkapi dengan senjata.



"Tindakan balas secara rambang rejim itu yang bersifat menindas telah menyebabkan puluhan ribu lelaki, wanita dan kanak-kanak terpaksa dipindahkan.



"Rangkaian tempatan dan agensi kemanusiaan tidak dapat membantu mereka dengan mencukupi akibat sekatan keselamatan dan akses, rampasan bekalan dan pembunuhan individu yang cuba menghantar bekalan bantuan itu," menurut laporan ICG yang bertajuk Taking Aim At The Tatmadaw: The New Armed Resistance To Myanmar's Coup (Menyasarkan Tatmadaw: Tentangan Bersenjata Baru Terhadap Kudeta Myanmar).



Menurut laporan itu, kemunculan anggota militia secara pesat serta keupayaan mereka berkembang daripada kumpulan tidak rasmi yang merangkumi penduduk tempatan menjadi kumpulan yang lebih berstruktur dengan senjata lebih baik dan pembiayaan yang bertahan menandakan satu fasa baru dalam perang sivil Myanmar.



"Dengan rasa tidak puas hati yang mendalam di kawasan seperti Chin dan Kayah tentang kudeta itu, serta rasa terabai selama beberapa dekad, diskriminasi etnik dan dinafikan hak mereka, anggota militia ini dijangka tidak akan bersurai dengan mudah.



"Mereka tampil sebagai cabaran baru bagi Tatmadaw, yang mungkin akan terus menyerang orang awam secara rambang seperti yang pernah dilakukan mereka berulang kali sebelum ini semasa memerangi kumpulan etnik bersenjata negara itu," menurut laporan tersebut.



Tambahnya, sementara anggota militia ini rata-ratanya menyokong Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG), sebuah badan yang baru dibentuk untuk menentang tuntutan junta untuk memerintah negara itu, mereka tidak berada di bawah pemerintahan atau kawalan badan itu.



Dalam satu wawancara, akhbar The Straits Times melaporkan mantan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjawatan tinggi di Myanmar, Encik Richard Horsey, yang kini penasihat kanan tentang Myanmar kepada ICG, sebagai berkata pihak militia kini telah menyebar ke pusat bandar juga.



Tambahnya, mereka juga sangat aktif.



"Adalah berbeza sedikit berbanding penduduk kampung yang bersenjatakan senapang untuk memburu haiwan.



"Cara mereka beroperasi berbeza dan terdapat matlamat yang berbeza, dengan risiko yang berbeza," ujar Encik Horsey yang menulis laporan itu.



Menurutnya, kegiatan mereka di kawasan bandar lebih bersifat gerila, dengan letupan, pembunuhan dan tindakan bersembunyi, berbanding kegiatan menyerang secara beramai-ramai.



Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada 1 Februari, menyusuli dakwaan penipuan semasa pilihan raya November tahun lalu.



Namun, tindakan itu menghidupkan semula konflik dengan kumpulan etnik bersenjata serta mewujudkan keingkaran awam di beberapa bandar utama di negara itu.



Lebih 870 orang maut akibat dibunuh pihak keselamatan dan lebih 6,000 orang pula ditahan sejak rampasan kuasa itu dilancarkan, menurut Persatuan Bantuan Untuk Banduan Politik (AAPP) Myanmar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >