SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Konflik di Sudan: AS hantar pasukan pakar selaras bantuan kemanusiaan

Konflik di Sudan: AS hantar pasukan pakar selaras bantuan kemanusiaan

Apr 25, 2023 | 5:30 AM

Konflik di Sudan: AS hantar pasukan pakar selaras bantuan kemanusiaan

BANTUAN KEMANUSIAAN: Pakar antarabangsa sedang mengenal pasti keperluan utama dan cara menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan selamat. - Foto REUTERS
BANTUAN KEMANUSIAAN: Pakar antarabangsa sedang mengenal pasti keperluan utama dan cara menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan selamat. - Foto REUTERS -

WASHINGTON: Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) telah mengerahkan pasukan pakar tindak balas bencana untuk menyelaraskan respons kemanusiaan di Sudan sedang negara itu menghadapi pergolakan, kata ketua agensi, Cik Samantha Power pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Cik Power berkata Pasukan Tindak Balas Bantuan Bencana itu akan beroperasi dari Kenya bagi fasa awal, sambil menambah bahawa pakar sedang bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan rakan kerja untuk mengenal pasti keperluan utama dan menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan selamat.

"Amerika sedang menggerakkan usaha untuk meningkatkan bantuan kepada rakyat Sudan yang terperangkap antara puak yang berperang," kata Cik Power.

Beberapa hari lalu, satu pertempuran ganas telah meletus antara tentera Sudan dan kumpulan pemisah yang menamakan diri mereka, Pasukan Sokongan Pantas (Rapid Support Forces atau RSF). Pertempuran itu mencetuskan krisis kemanusiaan, membunuh ratusan orang dan memerangkap jutaan rakyat Sudan tanpa akses kepada perkhidmatan asas.

Kejatuhan Sudan secara mendadak ke dalam pertempuran telah mematahkan rancangan untuk memulihkan pemerintahan awam, membawa negara yang sudah miskin itu ke ambang bencana kemanusiaan, dan mengancam terjadinya konflik lebih luas yang boleh menarik kuasa luar.

"Pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas di Sudan telah meragut ratusan nyawa, mencederakan ribuan, dan sekali lagi melenyapkan aspirasi demokrasi rakyat Sudan.

"Orang awam yang terperangkap di rumah mereka tidak dapat mengakses ubat-ubatan yang sangat diperlukan, dan menghadapi prospek kekurangan bekalan tenaga, air dan makanan yang berlarutan," kata Cik Power.

"Semua penderitaan ini menambah kepada keadaan yang sudah teruk - satu pertiga daripada penduduk Sudan, hampir 16 juta orang, sudah pun memerlukan bantuan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan asas manusia sebelum tercetusnya keganasan ini."

Cik Power mengulangi gesaan pada hari Ahad agar pihak-pihak mematuhi gencatan senjata untuk cuti Aidilfitri, menamatkan pertempuran, serta mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk dengan membolehkan akses selamat dan tanpa halangan untuk pekerja kemanusiaan dan perubatan.

Amerika pada hari Sabtu memindahkan kakitangan pemerintah dari kedutaannya di Khartoum dan menggantung sementara operasi di kedutaan kerana risiko keselamatan. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg