Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konflik Nagorno-Karabakh bermula sejak 1988

Sep 25, 2023 | 2:25 PM
SERAH SENJATA: Para anggota Azerbaijan memeriksa senjata yang dirampas dan diserahkan oleh kumpulan pemisah Nagorno-Karabakh pada Sabtu.
SERAH SENJATA: Para anggota Azerbaijan memeriksa senjata yang dirampas dan diserahkan oleh kumpulan pemisah Nagorno-Karabakh pada Sabtu. - Foto EPA-EFE

KORNIDZOR: Masalah yang membelenggu Nagorno-Karabakh bukan bermula minggu lalu tetapi wilayah ini telah menjadi konflik antara Armenia dengan Azerbaijan sejak kejatuhan Soviet Union.

Selepas wilayah itu diserap ke dalam Soviet Union, ia menjadi wilayah autonomi majoriti-Armenia dalam Azerbaijan pada 1923 dan kini dikenali sebagai Nagorno-Karabakh.

Konflik antara Nagorno-Karabakh dan Azerbaijan bermula pada 1988, apabila rantau itu mula bergelut untuk menuntut kemerdekaan. Antara 1988 dengan 1990, Azerbaijan melakukan pelbagai serangan terhadap orang Armenia di dalam sempadannya.

Moscow campur tangan pada 1990, dan selepas pembubaran Soviet Union, Nagorno-Karabakh menuntut kemerdekaan tetapi tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa..

Pengisytiharan ini mencetuskan ketegangan antara Azerbaijan dengan Armenia di Nagorno-Karabakh. Disokong oleh tentera Armenia, Karabakh Armenia menguasai bukan sahaja wilayah bersejarah mereka, tetapi juga sebahagian besar wilayah Azerbaijan yang bersempadan dengan Armenia.

Konflik itu, yang berakhir dengan gencatan senjata pada 1994, merupakan kemenangan moral yang besar bagi Armenia.

Azerbaijan, berpihak kepada Turkey, menawan semula wilayah penting dalam perang 2020. Semasa konflik itu, Russia, yang telah lama menjadi rakan kongsi tentera Armenia, gagal menyokong Armenia dan Karabakh Armenia. Konflik itu berakhir dengan gencatan senjata yang diuruskan Russia.

Pada Selasa, 19 September, Azerbaijan melancarkan kempen “anti-keganasan” sebagai tindak balas terhadap kematian enam orang dalam dua letupan periuk api di Azerbaijan.

Pejuang Armenia Karabakh mengisytiharkan gencatan senjata pada 20 September selepas operasi ketenteraan 24 jam oleh tentera Azerbaijan yang lebih besar. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg