Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL

Biden gesa henti berbalas serangan, segera gencatan senjata

May 19, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, kelmarin menggesa Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berhenti berbalas serangan dengan Palestin dan mendesak gencatan senjata segera dilakukan.



Rumah Putih berkata, Encik Biden dalam panggilan telefon kepada Encik Netanyahu, menyatakan sokongan bagi gencatan senjata dan membincangkan pembabitan Amerika, Mesir dan sekutu lain.



Encik Biden setakat ini menolak untuk bergabung dengan pemimpin dunia lain selain ramai ahli parti Demokrat menggesa supaya gencatan senjata segera dilakukan di Israel.



Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, Encik Biden mengulangi pesanannya berhubung 'sokongan tegas terhadap hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket sembarangan', selain 'menyokong semua usaha dilakukan Israel bagi memastikan orang awam dilindungi'.



Rumah Putih bagaimanapun enggan mengutuk setiap aspek serangan tentera Israel yang sedang berlangsung, selain menjelaskan justifikasi sekutu rapat Amerika itu bertindak balas terhadap bedilan roket Hamas, yang mentadbir Gaza secara sah.



Pegawai Rumah Putih mencadangkan supaya pandangan lebih kritikal disampaikan secara tertutup.



Penduduk di Gaza terus diselubungi ketakutan untuk berada di dalam rumah ekoran serangan bertubi-tubi jet Israel yang mengorbankan lebih 200 mangsa, setakat ini.



Serangan beberapa minit sebelum subuh itu menyaksikan kawasan pesisiran pantai Palestin yang dikuasai pejuang Hamas dihujani peluru berpandu, roket dan bedilan artileri.



Serangan tidak mengenal sasaran itu menyebabkan penduduk Palestin tidak berasa selamat kerana nyawa terus terancam biarpun berada di rumah.



Pihak berkuasa tempatan berkata, api marak ketika letupan kuat menggegarkan Gaza, mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan ratusan bangunan musnah.



Sejauh ini lebih 3,200 roket dibedil pejuang Palestin ke Israel sejak konflik memuncak pada 10 Mei lalu dalam pertempuran paling teruk sejak beberapa tahun lalu, dipacu rusuhan di Baitulmakdis.



Konflik berdarah ini disebabkan tindakan rejim Israel mengusir rakyat Palestin dari rumah mereka di Sheikh Jarrah, di timur Baitulmakdis, yang mahu diratakan bagi pembinaan 200 unit kediaman untuk pendatang Yahudi.



Ini setelah pertubuhan pendatang Yahudi memfailkan tuntutan di mahkamah ke atas keluarga Palestin di kejiranan itu, mendakwa tanah Sheikh Jarrah asalnya dimilik kaum Yahudi.



Bagaimanapun pemerintah Israel telah merampas, menguasai dan menduduki sekitar 78 peratus tanah milik rakyat Palestin bagi pembentukan negara Israel sejak perang 1948 berakhir.



Keputusan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Pusat Israel yang membenarkan pengusiran di Sheikh Jarrah awal tahun ini, telah dicabar keluarga Palestin yang terjejas.



Mahkamah Agung Israel yang seharusnya mengumumkan keputusan mereka pada 10 Mei lalu atas petisyen penduduk Palestin di Sheikh Jarrah, telah menangguhkannya ke satu tarikh lain.



Penduduk Gaza Barat, Encik Mahdi Abed Rabbo, 39 tahun, mengakui 'ngeri dan ketakutan' susulan ketegangan serangan itu, selain menegaskan: "Tidak pernah berlaku serangan sebesar ini," katanya.



Seorang lagi penduduk Gaza, Encik Mani Qazaat berkata, Encik Netanyahu, perlu sedar bahawa penduduk adalah orang awam dan bukannya pejuang.



"Saya rasa seolah-olah akan mati," katanya menyingkap detik cemas ketika serangan terbabit.



Serangan Israel turut memusnahkan prasarana penting, dengan pihak berkuasa elektrik kelmarin memberi amaran baki bahan api untuk menghasilkan tenaga hanya mampu bertahan beberapa hari lagi.



Utusan Amerika Syarikat bagi Urusan Israel-Palestin, Encik Hady Amr, tiba di Ramallah hari ini untuk bertemu Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas, yang mendesak Washington bertindak menentang 'pencerobohan Israel' lapor agensi berita rasmi Wafa. - BHM, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >