Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kongres lulus undang-undang tarik keluar syarikat China dari bursa AS

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan satu undang-undang yang akan menarik keluar syarikat-syarikat China dari bursa saham Amerika jika mereka tidak mematuhi sepenuhnya peraturan pengauditan negara, sekali gus memberi Presiden Donald Trump satu lagi senjata untuk mengancam Beijing sebelum melepaskan jawatannya.



Langkah itu diluluskan Dewan dengan undian sebulat suara, selepas ia juga diterima sebulat suara di Senat pada Mei lalu, yang akan disampaikan kepada Encik Trump untuk dijadikan undang-undang, menurut Rumah Putih.



"Akta Pertanggungjawaban Syarikat Pemegangan Asing" menghalang sekuriti syarikat asing dari disenaraikan oleh mana-mana bursa Amerika jika mereka gagal mematuhi pengauditan Lembaga Pemeriksa Perakaunan Awam Amerika untuk tiga tahun berturut-turut.



Sedang ia dikenakan ke atas syarikat dari mana-mana negara, undang-undang itu bagaimanapun dilihat menyasarkan syarikat China yang berdaftar di Amerika Syarikat seperti Alibaba, firma teknologi Pinduoduo Inc dan syarikat minyak PetroChina Co Ltd.



Langkah lebih tegas diambil ke atas perniagaan China dan amalan dagangan secara umumnya, yang melepasi Kongres dengan jurang luas.



Kedua-dua anggota Demokrat dan Republikan menyahut langkah tegas Presiden ke atas Beijing, yang dilihat menjadi lebih garang tahun ini sedang Encik Trump menyalahkan China di atas penularan wabak koronavirus yang meranapkan Amerika.



Senator Demokrat, Encik Chris Van Hollen, yang merupakan pengasas bersama rang-undang itu dengan Senator Republikan, Encik John Kennedy, dalam satu kenyataan berkata, pelabur Amerika "telah ditipu wang mereka selepas melabur dalam syarikat China yang nampaknya sah tetapi ia tidak mematuhi piawaian sama seperti syarikat-syarikat awam yang disenaraikan."



Encik Kennedy berkata, China menggunakan bursa saham Amerika untuk "mengeksploit" rakyat Amerika.



"Dewan menyertai Senat dalam menolak status quo yang toksik ini," katanya dalam satu kenyataan.



Langkah itu memerlukan syarikat awam mendedahkan sama ada mereka menguasai atau dikawal oleh sesebuah pemerintah asing.



Persatuan Sekuriti Amerika memuji kelulusan rang undang-undang dengan berkata ia perlu bagi melindungi rakyat Amerika daripada "syarikat penipu yang dikawal oleh Parti Komunis China".



Kedutaan China di Washington enggan terus mengulas. Jurucakap bagi kementerian ehwal luar China, Cik Hua Chunying, berkata sebelum undian itu bahawa ia adalah dasar diskriminasi yang secara politiknya menekan firma-firma China.



"Daripada mengadakan lapisan halangan, kami berharap Amerika boleh mengadakan sekitaran yang seimbang dan tidak diskriminasi untuk firma asing untuk melabur dan beroperasi di Amerika," kata Cik Hua dalam satu sidang akhbar.



Seorang jurucakap Alibaba menunjukkan pada satu komen dalam rang undang-undang pada Mei lalu apabila ia diluluskan Senat.



Ketua Pegawai Kewangan, Cik Maggie Wu, memberitahu pelabur bahawa firma itu "akan mematuhi sebarang undang-undang yang bertujuan melindungi dan membawa ketelusan kepada pelabur yang membeli sekuriti di bursa saham Amerika."



Pengamat berpendapat hubungan Amerika dan China yang bermasalah akan mewujudkan banyak persoalan mengenai masa hadapan lebih-lebih lagi di Asia dan mungkin bentuk aturan antarabangsa yang baru.



Negara-negara Asia Tenggara, termasuk Singapura misalnya, amat bimbang kerana ia wujud di persimpangan kepentingan banyak kuasa besar dan perlu mengelak daripada berada di tengah atau dipaksa membuat pilihan antara kuasa besar itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >