Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konsert Coldplay di Jakarta cetus protes, 400 ditipu beli tiket palsu

Nov 16, 2023 | 02:01 PM



 

JAKARTA: Polis Jakarta Pusat melaporkan bahawa kira-kira 400 orang telah dijual tiket palsu Coldplay dengan jumlah kerugian 1.3 bilion rupiah ($112,600).


Berita penipuan itu dilaporkan sedang Jakarta menyaksikan lebih 300 penunjuk perasaan pada Rabu menggesa pembatalan konsert Coldplay malam itu atas sokongan kumpulan Britain terhadap komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Penunjuk perasaan, yang berarak kira-kira satu kilometer dari tempat konsert di Jakarta tempat kumpulan itu membuat persembahan, memegang sepanduk besar yang berbunyi: “Tolak, batalkan dan bubarkan konsert Coldplay.”

Kumpulan penunjuk perasaan yang sama turut mengadakan tunjuk perasaan minggu lalu di beberapa lokasi di Jakarta, termasuk Kedutaan Britain.

Persembahan di stadium Gelora Bung Karno di ibu kota Jakarta adalah sebahagian daripada Jelajah Dunia ‘Music of the Spheres’ dengan lebih 70,000 tiket habis dijual dalam masa beberapa jam selepas mula dijual pada 2023.

Encik Anwar Abbas, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia, badan kawal selia Islam paling berkuasa di Indonesia, mengkritik keputusan meneruskan konsert itu.

“Kita tahu Coldplay menyokong LGBT, tetapi kini persoalannya, adakah tingkah laku LGBT itu selaras dengan perlembagaan kita?

“Terdapat enam agama yang diiktiraf di negara ini dan tidak satu pun daripadanya membenarkan dan bertolak ansur dengan amalan LGBT,” kata Encik Anwar dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jurucakap polis Jakarta, Encik Trunoyudo Wisnu Andiko, memberitahu pemberita penunjuk perasaan tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan.

Polis mengerahkan hampir 4,000 pegawai untuk mengawal konsert tersebut.

Kumpulan Coldplay tidak mengulas mengenai protes tersebut tetapi ia menyiarkan imej penyanyi utama, Chris Martin, berjalan berkaki ayam melalui pusat Jakarta pada Selasa.

Dalam masa yang sama, polis sedang menyiasat ratusan laporan berhubung kes tiket palsu itu dan penjenayah telah diminta untuk membayar balik mangsa, ujar jurucakap polis, Encik Susatyo Purnomo Condro yang dipetik agensi berita rasmi, Antara, pada Rabu lalu.


Menurut Encik Susatyo, pelaku melakukan jenayah itu dengan menipu orang ramai untuk menempah tiket Coldplay melalui mereka. Namun, sehingga hari konsert, tiada tiket diberi kepada mangsa.

Polis turut mendedahkan kes penipuan tiket Coldplay di mana pelaku menyalin tiket sah yang mereka beli. Pelaku ditahan di sebuah rumah di Mampang Prapatan pada Rabu.

“Pelaku menjual terus tiket ini kepada mangsa,” kata Ketua Penyiasat Jenayah Polis, Pesuruhjaya Besar Ajudan Bintoro.

Pelaku menjual sekurang-kurangnya 24 tiket palsu dengan nilai keseluruhan 312 juta rupiah.

Menurutnya pelaku bertindak sendirian dan melakukan jenayah dengan menyampaikan maklumat dari mulut ke mulut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >