Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konsulat Indonesia di Ramallah

Mar 14, 2016 | 4:35 PM
DETIK BERSEJARAH: Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi (tengah) menghadiri perasmian konsulat pertama Indonesia di Ramallah, Palestin. Acara itu terpaksa diadakan di Kedutaan Indonesia di Amman, Jordan, selepas Israel enggan membenarkan helikopter tentera Jordan yang membawa Cik Retno memasuki ruang udaranya untuk ke Ramallah. - Foto
DETIK BERSEJARAH: Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi (tengah) menghadiri perasmian konsulat pertama Indonesia di Ramallah, Palestin. Acara itu terpaksa diadakan di Kedutaan Indonesia di Amman, Jordan, selepas Israel enggan membenarkan helikopter tentera Jordan yang membawa Cik Retno memasuki ruang udaranya untuk ke Ramallah. - Foto - Laman Rasmi Setiausaha Kabinet Indonesia

AMMAN (Jordan): Indonesia telah merasmikan pembukaan konsulat di Ramallah, Palestin.

Bagaimanapun acara pembukaan rasmi konsulat terpaksa dilakukan di Amman, Jordan, setelah kunjungan Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, ke Ramallah dihalang Israel menyusuli langkah Indonesia memboikot produknya.

Israel enggan membenarkan helikopter tentera Jordan yang membawa Cik Retno melintasi ruang udaranya, menurut laman Setiausaha Kabinet Indonesia, semalam.

Sebagai alternatif, Indonesia mengadakan acara pembukaan itu di Kedutaan Indonesia di Amman.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengadakan sidang puncak luar biasa di Jakarta, minggu lalu, dalam usaha menghuraikan konflik Palestin-Israel.

Pembukaan konsulat itu adalah sebagai bukti Indonesia menyokong pembebasan Palestin, kata Cik Retno.

"Sokongan Indonesia sebagai memperjuangkan hak rakyat Palestin tidak akan berhenti dan kami melangkah selangkah ke depan hari ini dengan pembukaan konsulat kehormat Indonesia di Ramallah," ujarnya yang ditukil laman setkab.go.id. - The Jakarta Post

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg