Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kontroversi 'sedekah' musim pilihan raya: Pengerusi BN Perak bidas Presiden PAS

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, membidas Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengenai kontroversi pemberian wang tunai kepada pengundi.



Beliau memberi peringatan kepada semua parti politik supaya tidak menyelewengkan perkataan "sedekah" atau yang boleh diertikan sebagai "amal."



Datuk Saarani, yang juga Menteri Besar Perak, berkata amalan bersedekah yang mulia itu tidak diselewengkan ketika musim pilihan raya dengan niat mengikat hati pengundi.



Menteri Besar Perak berkata bersedekah adalah khusus bagi membantu golongan memerlukan, namun mestilah bukan terhad kepada musim pilihan raya semata-mata.



"Kalau tiba-tiba musim pilihan raya pula (baru) hendak berbudi, itu bukan sedekah yang terpuji. Itu menyalah gunakan perkataan sedekah.



"Sekarang ramai pelajar dan mahasiswa di universiti yang susah hingga tak cukup makan.



"Jadi mana-mana parti politik berilah bantuan kepada mahasiswa terbabit. Jangan tunggu masa dekat pilihan raya baru nak beri tambang balik," katanya dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).



"Janganlah anggap rakyat Malaysia tak reti (tahu) sangat maksud sedekah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian dan Pelancaran Projek Piccadilly @ Greentown di sini, kelmarin.



Majlis tersebut disempurnakan Raja di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.



Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.



Datuk Saarani berkata setakat ini Umno negeri tidak menerima sebarang laporan mengaitkan calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memberi sebarang bentuk sumbangan kepada pengundi bagi meraih undi.



Jika terdapat calon sedemikian dikesan orang ramai, beliau meminta aduan disalurkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tindakan sewajarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >