Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban bot karam di Dhaka kini 32 orang, 60 hilang

Sep 26, 2022 | 06:00 PM



DHAKA: Pekerja penyelamat menemui lagi tujuh mayat pada Isnin (26 Sep), selepas sebuah bot karam di Bangladesh, menjadikan jumlah korban seramai 32 orang sejauh ini, dengan banyak mangsa dilaporkan masih hilang.

Ia bencana saluran air paling teruk melanda negara itu dalam tempoh lebih setahun.


Menurut polis, bot kecil penuh sesak dengan penumpang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, itu dalam perjalanan ke sebuah kuil popular apabila ia terbalik pada Ahad (25 Sep).


Kejadian itu disaksikan orang ramai yang menjerit ketakutan.


Insiden di kawasan pedalaman di bahagian utara Bangladesh itu adalah yang terbaru selepas beberapa nahas serupa akibat kurang penyenggaraan dan membawa penumpang berlebihan.


Ketua Polis Daerah, Encik Sirajul Huda, berkata tujuh mayat itu ditemui di sungai, di arah hilir dekat bandar Boda, tempat bot itu karam.


Bot itu membawa 90 orang – melebihi had 50 orang yang dibolehkan, kata polis.


Sekitar 60 orang lagi masih belum ditemui,” kata Encik Huda. -  AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >