Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban bot karam di Dhaka kini 32 orang, 60 hilang

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



DHAKA: Pekerja penyelamat menemui lagi tujuh mayat semalam, selepas sebuah bot yang membawa penganut Hindu karam di Bangladesh, menjadikan jumlah korban seramai 32 orang sejauh ini, dengan banyak mangsa dilaporkan masih hilang.



Ia bencana saluran air paling teruk melanda negara itu dalam tempoh lebih setahun.



Menurut polis, bot kecil penuh sesak dengan penumpang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, itu dalam perjalanan ke sebuah kuil popular apabila ia terbalik kelmarin.



Kejadian itu disaksikan orang ramai yang menjerit ketakutan.



Insiden di kawasan pedalaman di bahagian utara Bangladesh itu adalah yang terbaru selepas beberapa nahas serupa akibat kurang penyenggaraan dan membawa penumpang berlebihan.



Ketua Polis Daerah, Encik Sirajul Huda, berkata tujuh mayat itu ditemui di sungai, di arah hilir dekat bandar Boda, tempat bot itu karam.



Bot itu membawa 90 orang - melebihi had 50 orang yang dibolehkan, kata polis.



Sekitar 60 orang lagi masih belum ditemui," kata Encik Huda kepada agensi berita AFP.



Kejadian itu berlaku semasa hujan lebat, dan pengendali bot tersebut meminta sebahagian penumpang keluar kerana sudah melebihi had bilangan penumpang yang dibolehkan.



"Tiada seorang pun mematuhi arahan itu," katanya. Media tempatan mengatakan sekurang-kurangnya 10 orang dapat diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.



Rakaman video dari telefon bimbit yang disiarkan stesen TV Channel 24 menunjukkan bot penuh sesak itu tiba-tiba terbalik.



Sebilangan penumpang terhumban ke dalam sungai berlumpur itu. Puluhan orang yang melihatnya dari tebing sungai berteriak ketakutan.



Ribuan penganut Hindu di Bangladesh, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, ingin melakukan lawatan ke Kuil Bodeshwari yang berumur ratusan tahun, bagi memulakan perayaan Durga Puja, perayaan penganut Hindu di Bangladesh.



Pada Disember lalu, sekitar 40 orang dilaporkan hilang apabila sebuah feri tiga tingkat terbakar di selatan Bangladesh.



Sebuah lagi feri karam pada Jun 2020 selepas berlanggar dengan kapal lain, mengakibatkan 32 orang terbunuh.



Sekurang-kurangnya 78 orang dikatakan hilang pada 2015 apabila sebuah kapal yang membawa penumpang berlebihan berlanggar dengan sebuah kapal kargo di sebatang sungai di barat Dhaka. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >