SYDNEY: Angka korban Taufan Gabrielle di New Zealand meningkat kepada sembilan pada Sabtu (18 Feb), sementara proses menyelamat dan membersihkan North Island yang punah-ranah diteruskan. Taufan itu melanda Pulau Utara, wilayah utara New Zealand pada Ahad lalu. Menyusuli itu, ia bergerak ke kawasan lain mengikut laluan pantai timur, menyebabkan kerosakan yang meluas. Polis berkata mereka sedang menyiasat satu kematian di kawasan Hawke's Bay, di pantai timur Pulau Utara. Ia berkata orang itu dipercayai meninggal dunia akibat Taufan Gabrielle, menambahkan angka korban kepada sembilan. Buat masa ini, operasi membersihkan tempat-tempat yang dilanda taufan sedang dilaksanakan seiring dengan operasi menyelamat. Bekalan makan dan perhubungan dengan bandar-bandar tertentu masih terjejas, termasuk beberapa jambatan, ladang pertanian dan juga haiwan pertanian. Orang ramai masih terkandas di bumbung rumah mereka, dengan ramai masih dilaporkan belum dapat dihubungi. - Reuters.