Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban Taufan Gabrielle di New Zealand meningkat, usaha bantu penduduk diteruskan

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: Angka korban Taufan Gabrielle di New Zealand meningkat kepada sembilan pada 18 Februari, sementara proses menyelamat dan membersihkan North Island yang punah-ranah diteruskan.



Taufan itu melanda North Island, wilayah utara New Zealand pada Ahad lalu.



Menyusuli itu, ia bergerak ke kawasan lain mengikut laluan pantai timur, menyebabkan kerosakan yang meluas.



Pada 18 Februari, polis berkata mereka sedang menyiasat satu kematian di kawasan Hawke's Bay, di pantai timur North Island.



Ia berkata orang itu dipercayai meninggal dunia akibat Taufan Gabrielle, menambahkan angka korban kepada sembilan.



Buat masa ini, operasi membersihkan tempat-tempat yang dilanda taufan sedang dilaksanakan seiring dengan operasi menyelamat.



Bekalan makan dan perhubungan dengan bandar-bandar tertentu masih terjejas, termasuk beberapa jambatan, ladang pertanian dan juga haiwan pertanian.



Orang ramai masih terkandas di bumbung rumah mereka, dengan ramai masih dilaporkan hilang.



Perdana Menteri, Encik Chris Hipkins, pada 17 Februari menyifatkan Taufan Gabrielle sebagai bencana alam terbesar yang melanda New Zealand pada abad ini.



Memberi amaran, Encik Hipkins berkata angka korban dijangka meningkat sedang pasukan penyelamat meneruskan usaha mendekati masyarakat dan penduduk yang terkandas.



Sekitar 5,000 orang di New Zealand telah mendaftar dengan polis kerana tidak dapat menghubungi rakan atau keluarga sejak taufan melanda, kata pihak berkuasa pada 18 Februari.



Sekitar 900 orang pula telah mendaftarkan diri untuk memaklumkan bahawa mereka selamat.



Polis berkata ramai penduduk tidak mempunyai akses kepada rangkaian perhubungan kerana sekitar 62,000 hartanah dan rumah masih tidak mempunyai bekalan elektrik.



Hampir 2,000 orang pula kini ditempatkan di pusat teduhan sementara di Hawke's Bay, sementara sehingga 1,000 orang di kawasan itu masih belum dapat dihubungi khidmat kecemasan, kata akhbar New Zealand Herald.



Encik Ben Green, pengawal kumpulan Pertahanan Awam di kawasan Tairohwhiti Gisborne, utara Hawke's Bay, berkata masa menunggu supaya dapat menghubungi semua orang yang terjejas atau menghubungkan orang yang terpisah, masih lama.



"Buat masa ini, keutamaan kami adalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih, menghubungi mangsa-mangsa yang terkandas dan mengembalikan semula sambungan telefon dan internet," kata beliau.



Dua rumah mayat sementara telah didirikan di kawasan Hawke's Bay.



Walaupun kawasan itu disifatkan sebagai kawasan pedalaman, ia turut mempunyai bandar iaitu Napier, Hastings dan Wairoa.



Taufan Gabrielle ini melanda New Zealand selepas kota terbesar negara itu , mengalami bencana banjir yang membunuh empat orang pada bulan lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >