Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea S berkabung selepas lebih 150 maut dalam rempuhan sambutan 'Halloween'

Oct 31, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk Yeol, semalam mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan tragedi rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul yang mengorbankan sekurang-kurangnya 153 orang termasuk 24 warga asing, lapor agensi berita Yonhap.



"Kejadian itu benar-benar ngeri. Tragedi dan bencana pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku.



"Pemerintah menetapkan tempoh berkabung bermula hari ini sehingga kejadian itu dapat diuruskan sepenuhnya dan hal ehwal pentadbiran negara akan mengutamakan pemulihan dan langkah susulan," kata Encik Yoon dalam ucapannya secara langsung dari pejabat presiden sehari selepas insiden di Itaewon itu yang mengorbankan ramai pengunjung kebanyakannya berusia 20-an.



Encik Yoon merakamkan ucapan takziah atas kehilangan nyawa dan berharap mereka yang cedera agar cepat sembuh.



Mangsa yang terkorban merangkumi 24 warga asing dari 14 negara yang dikenal pasti berasal dari Jepun, China, Iran, Russia, Amerika Syarikat, Australia, Uzbekistan, Vietnam, Kazakhstan, Austria, Sri Lanka, Thailand, Norway dan Perancis, lapor Reuters.



Pemimpin dunia turut mengucapkan takziah kepada Korea Selatan susulan tersebut.



Presiden Halimah Yacob dalam kenyataannya di Facebook berkata:



"Kebanyakan mangsa adalah remaja dan orang muda, ramai yang cedera, ada yang agak serius. Sukar membayangkan trauma dan kesedihan yang dirasakan keluarga, orang tercinta dan teman-teman mereka yang terjejas."



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dalam satu kenyataan pula berkata: "Kami turut berdukacita bersama rakyat Korea Selatan dan semoga mereka yang cedera cepat sembuh,"



Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, dalam catatan di Twitter berkata:



"Kami bersama semua rakyat Korea Selatan ketika saat yang sangat menyedihkan ini."



Pemerintah Korea Selatan juga akan membantu proses pengebumian dan menggerakkan perkhidmatan perubatan kecemasan untuk merawat pesakit termasuk menugaskan penjawat awam bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.



"Paling penting ialah menentukan punca kemalangan dan mencegah kejadian sama berulang kembali," ujar Encik Yoon.



Kelmarin, pekerja kecemasan dan pejalan kaki dilihat giat melakukan bantuan pernafasan ke atas mangsa yang terbaring selepas dihempap akibat rempuhan yang berlaku.



Ketua jabatan bomba Yongsan Seoul, Encik Choi Seong-beom, berkata angka kematian mungkin meningkat dan jumlah mangsa yang cedera dan berada dalam keadaan kritikal masih belum dapat dipastikan.



Dianggarkan seramai 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk sambutan Halloween yang terbesar dan diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >