WABAK MERS
Korea S tutup dua hospital bagi kekang penularan
Jun 14, 2015 | 06:28 AM
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan semalam menutup dua hospital buat sementara waktu ekoran kebimbangan berkait dengan penularan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).
Sehingga semalam, dua orang lagi penduduk negara itu mati akibat virus berkenaan, menjadikan jumlah pesakit yang mati kepada 14 orang.