Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea Selatan alami penularan Covid-19 terburuk

Dec 17, 2020 | 5:30 AM
UJI PESAKIT: Seorang kakitangan perubatan melakukan ujian Covid-19 ke atas seorang warga di klinik mudah alih di Seoul, Korea Selatan, semalam. - Foto EPA-EFE
UJI PESAKIT: Seorang kakitangan perubatan melakukan ujian Covid-19 ke atas seorang warga di klinik mudah alih di Seoul, Korea Selatan, semalam. - Foto EPA-EFE -

SEOUL: Korea Selatan melaporkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 dalam sehari semalam, mendorong perdana menterinya mendesak agar lebih banyak katil hospital disediakan untuk menampung penularan terburuk sejak pandemik melanda negara itu.

Hospital di negara itu berada dalam kedudukan genting dengan hanya tiga katil penjagaan kritikal tersedia di kawasan luar Seoul, sebuah kawasan dengan penduduk seramai 26 juta orang, menurut pegawai itu.

Korea Selatan berupaya mengekalkan jumlah kes yang rendah bagi dua gelombang sebelumnya, tetapi gelombang ketiga lebih mencabar disebabkan kepadatan penduduk di kawasan ibu kota.

Perdana Menteri Chung Sye Kyun menegaskan: "Keutamaan sekarang adalah menjamin lebih banyak katil hospital.

"Sepenuh kuasa pentadbiran harus digerakkan agar tidak ada pesakit yang perlu menunggu lebih dari sehari untuk mendapatkan katilnya."

Pemerintah sebelum ini mengarahkan semua sekolah di ibu negara dan kawasan sekitar ditutup bermula esok susulan usaha memerangi penularan terburuk pandemik Covid-19 yang melepasi waktu puncak pada Februari.

Semua sekolah di ibu negara akan mengadakan pembelajaran secara dalam talian sehingga akhir bulan ini dalam usaha terkini pelaksanaan penjarakan fizikal, yang setakat ini gagal mengurangkan peningkatan jangkitan.

Penutupan sekolah adalah antara pendekatan ke arah pelaksanaan peraturan penjarakan fizikal Fasa 3 iaitu penguatkuasaan perintah berkurung lebih ketat untuk kuasa ekonomi keempat terbesar Asia itu.

Perdana Menteri Chung Sye Kyun berkata, "pemerintah tidak teragak-agak untuk melaksanakan Fasa 3 jika perlu".

Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KDCA), semalam melaporkan 1,078 kes baharu Covid-19 - jumlah tertinggi sejak berlaku pandemik.

Jumlah kes terus juga mencecah paras tertinggi, yakni 226 kes dan telah meningkat lebih seganda sejak dua minggu lalu, kata pegawai pemerintah.

Setakat ini, Korea Selatan mencatatkan 45,442 kes jangkitan, dengan 612 kematian. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg