Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan henti semua operasi ternakan ayam itik kekang selesema burung

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



SEOUL: Kementerian pertanian Korea Selatan mengeluarkan perintah menghentikan semua operasi ternakan ayam itik dan pengangkutan yang berkaitan, untuk sementara bagi seluruh negara dalam usaha untuk menahan penyebaran selesema burung yang sangat patogen.



Perintah ini dikeluarkan di tengah-tengah keadaan negara itu yang melaporkan 950 kes baru Covid-19 setakat sehingga tengah malam kelmarin - jumlah kes harian yang tertinggi sejak kes pertama disahkan di negara itu pada Januari, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) semalam.



Daripada kes-kes baru itu, 928 daripadanya adalah jangkitan tempatan dan lagi 22 adalah kes import yang membawa jumlah terkumpul kepada sebanyak 41,736 jangkitan dengan 578 kematian dilaporkan sejauh ini.



Lebih 70 peratus kes jangkitan tempatan adalah dari Seoul dan kawasan-kawasan di sekeliling ibu kota negara itu.



Walaupun peraturan jarak selamat yang lebih ketat sudah dikuatkuasakan sejak Selasa lalu, termasuk sekatan terhadap restoran dan banyak perniagaan lain, Korea Selatan masih dilanda gelombang ketiga wabak tersebut.



Secara purata, Korea Selatan melaporkan sekitar 600 kes jangkitan sejak minggu lalu.



Jumlah jangkitan yang kembali meningkat adalah satu tamparan hebat kepada sistem pandemik Korea Selatan yang sebelum ini berjaya membendung penularan dan melaksanakan ujian dan kuarantin untuk mencegah jangkitan lanjut, dengan kurang 50 kes dikesan setiap hari sepanjang musim panas yang lalu.



Perintah kawalan pergerakan telah arahkan selama 48 jam, berkuat kuasa mulai Jumaat tengah malam di Korea Selatan - untuk semua kemudahan ternakan unggas dan pengeluaran ternakan, termasuk kenderaan dan personel mereka, Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar kata dalam satu kenyataan.



Pergerakan ini berlaku apabila jumlah kes selesema burung yang sangat patogen sejak akhir November meningkat kelmarin.



Negara itu melaporkan kesan selesema burung H5N8 yang sangat patogen pertama pada burung liar pada Oktober di Cheonan-si, Chungcheongnam-do, kira-kira 84 kilometer sebelah barat Seoul, menurut kementerian pertanian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >