Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea Selatan: Kim Jong-un "sihat dan sejahtera"

Apr 27, 2020 | 10:18 AM
SEKADAR KHABAR ANGIN: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-un, "sihat dan sejahtera", menurut pegawai kanan Korea Selatan.
SEKADAR KHABAR ANGIN: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-un, "sihat dan sejahtera", menurut pegawai kanan Korea Selatan. - - Foto: AFP

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-un, "sihat dan sejahtera", menurut penasihat kanan keselamatan kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.

Kenyataan itu sekaligus menepis khabar angin bahawa Encik Kim sedang tenat susulan ketidakhadirannya dalam satu acara ulangtahun penting Korea Utara.

Menurut penasihat itu, Kim kini berada di Wonsan - sebuah bandar peranginan di timur Korea Utara - sejak 13 April lalu.

"Tidak ada pergerakan yang mencurigakan yang dikesan sejauh ini," katanya.

Khabar angin tentang kesihatan Encik Kim yang semakin merosot makin meningkat selepas tidak menghadiri majlis sambutan hari lahir datuknya, mendiang Kim Il Sung, yang juga pengasas negara itu, pada 15 April lalu - hari terpenting dalam kalendar politik Korea Utara.

Encik Kim tidak tampil di depan khalayak umum sejak mempengerusikan mesyuarat politbiro pada 11 April lalu, dan keesokannya media negara itu melaporkan beliau melakukan kunjungan ke sebuah unit pertahanan udara dan memeriksa pesawat tempur.

Ketiadaannya telah menimbulkan pelbagai spekulasi berkenaan kesihatannya, yang mana pegawai kakitangan awam telah menolaknya sebelum ini.

"Kami tidak ada apa-apa untuk disahkan dan tidak ada pergerakan khas dikesan dalam Korea Utara sejauh ini," menurut kenyataan pejabat presiden Korea Selatan minggu lalu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg