SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Korea Selatan mungkin perketat sekatan jarak selamat susuli kenaikan jumlah kes

Korea Selatan mungkin perketat sekatan jarak selamat susuli kenaikan jumlah kes

Nov 29, 2020 | 4:47 PM

Korea Selatan mungkin perketat sekatan jarak selamat susuli kenaikan jumlah kes

SEPI KERANA WABAK: Jalanan di Hongdae, salah satu daerah di Seoul yang sibuk dengan kegiatan hiburan, tampak sunyi sepi di sebalik bertambahnya kes jangkitan Covid-19. - Foto EPA-EFE
SEPI KERANA WABAK: Jalanan di Hongdae, salah satu daerah di Seoul yang sibuk dengan kegiatan hiburan, tampak sunyi sepi di sebalik bertambahnya kes jangkitan Covid-19. - Foto EPA-EFE -

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan sedang memikirkan kemungkinan mengenalkan sekatan jarak selamat lebih ketat pada Ahad (29 November) meliputi usaha mengawal ketat kegiatan ekonomi selepas jumlah jangkitan Covid-19 merebak cepat minggu lalu.

Menurut agensi berita Yonhap News, Perdana Menteri Chung Sye-kyun telah bertemu pegawai penguasa kesihatan pada 3 petang Ahad bagi menentukan sama ada sekatan virus perlu diperketatkan lagi bagi memperlahankan proses jangkitan.

Korea Selatan melaporkan 450 jangkitan koronavirus pada Ahad selepas lebih 500 kes baru dikenal pasti selama tiga hari berturut-turut, tambah Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea pula.

Gelombang ketiga jangkitan Covid-19 ini membawa bilangan kes jangkitan di negara ini pada paras tertinggi dalam tempoh hampir sembilan bulan.

Korea Selatan mula mengenalkan undang-undang jarak selamat yang dipertingkatkan ke Tahap Kedua di kawasan utama Seoul. - Agensi Berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg