Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea Selatan perketat peraturan kekang Covid-19

Dec 8, 2020 | 5:30 AM
LANGKAH KESELAMATAN LEBIH KETAT: Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-in, mengarahkan pemerintahnya mengumpulkan setiap sumber sedia ada untuk menjejak jangkitan, dan memperluaskan ujian bagi koronavirus sedang negara itu menghadapi gelombang jangkitan ketiga. Sebahagian besar kes baru dilaporkan di Seoul (dalam gambar), di mana langkah kawalan lebih ketat juga akan dilaksanakan. - Foto EPA-EFE
LANGKAH KESELAMATAN LEBIH KETAT: Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-in, mengarahkan pemerintahnya mengumpulkan setiap sumber sedia ada untuk menjejak jangkitan, dan memperluaskan ujian bagi koronavirus sedang negara itu menghadapi gelombang jangkitan ketiga. Sebahagian besar kes baru dilaporkan di Seoul (dalam gambar), di mana langkah kawalan lebih ketat juga akan dilaksanakan. - Foto EPA-EFE -

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae-in, semalam menggesa agar ujian bagi koronavirus diperluaskan dan lebih banyak penjejakan jangkitan menyeluruh diadakan sedang negara itu menghadapi cabaran mengawal gelombang jangkitan yang terkini dan terbesar.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 615 kes koronavirus baru sehingga tengah malam kelmarin, yang kini sudah sebulan negara itu mencatatkan peningkatan kes harian tiga angka yang membawa kepada 8,311 pesakit dikuarantin - angka tertinggi yang pernah menjalani kuarantin.

Encik Moon mengarahkan pemerintah mengumpulkan setiap sumber sedia ada untuk menjejak jangkitan, dan memperluaskan ujian dengan mengerahkan tentera dan lebih ramai penjawat awam, kata jurucakap presiden Rumah Biru, Encik Chung Man-ho, dalam satu taklimat media.

Encik Moon berkata tempat-tempat ujian harus beroperasi lebih lama untuk membolehkan orang yang bekerja mendapatkan ujian dan lebih banyak kemudahan ujian pandu masuk harus diadakan, kata Encik Chung.

Kadar positif bagi kumpulan ujian terkini ialah sekitar 4.2 peratus berbanding purata 1.2 peratus pada tahun ini, menurut KDCA.

Kelmarin, pihak berkuasa berkata mereka akan mengenakan peraturan jarak sosial dipertingkat bagi ibu kota Seoul dan kawasan sekelilingnya yang akan berakhir sehingga sekurang-kurangnya hujung bulan ini.

Korea Selatan dapat mengelakkan langkah sekatan sebelum ini tetapi menggunakan sistem penjejakan, ujian dan kuarantin yang menyeluruh untuk mengawal virus itu dalam dua gelombang jangkitan yang terdahulu.

Namun, bagi gelombang ketiga ini, pemerintah negara itu menghadapi kritikan semakin meningkat sedang jumlah kes terus meningkat meskipun langkah-langkah yang tidak pernah diambil sebelum ini dilaksanakan.

Sebahagian besar kes baru koronavirus dilaporkan di Seoul, yang melancarkan langkah kawalan tidak pernah dilakukan sebelum ini, termasuk mengarahkan kebanyakan perniagaan menutup kedai pada 9 malam selama dua minggu dan mengurangkan pengangkutan awam sebanyak 30 peratus pada waktu malam.

Di bawah langkah-langkah yang diumumkan kelmarin itu, yang berkuat kuasa hari ini, perhimpunan seramai 50 orang atau lebih dilarang, gim dan tempat karaoke mesti ditutup, khidmat keagamaan mesti diadakan dalam talian atau melalui penyiaran, dan had lebih ketat akan dikenakan ke atas jumlah pelajar yang hadir bagi kelas di sekolah.

Sementara restoran masih dibenarkan untuk membolehkan pelanggan duduk makan, pemerintah menggesa orang ramai agar jangan keluar makan jika boleh dan tidak mengadakan perhimpunan sosial yang tidak penting.

Langkah kawalan tersebut akan dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga minggu sehingga hujung bulan ini.

Kawasan lain di negara itu juga akan menyaksikan langkah kawalan dipertingkat tetapi di tahap lebih rendah berbanding kawasan Seoul.

Jumlah keseluruhan kes semalam kurang sedikit daripada kelmarin apabila agensi itu melaporkan 631 kes baru, yang merupakan kes harian terbesar sejak Februari dan awal Mac.

Secara keseluruhannya, Korea Selatan telah melaporkan 38,161 kes dengan 549 kematian. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg