Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan-AS selaras perancangan nuklear bersama

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk memberikan lebih banyak maklumat strategi nuklear kepada Korea Selatan sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik dengan Korea Utara.



Pakatan itu terbentuk di tengah-tengah kebimbangan umum susulan simpanan peluru berpandu dan bom di Pyongyang terus meningkat manakala ujian nuklear semakin kerap dilakukan.



Pengumuman itu, termasuk ikrar diperbaharui Seoul untuk tidak meneruskan pembangunan bom nuklearnya sendiri, adalah hasil rundingan di Rumah Putih antara Presiden AS, Encik Joe Biden dan pemimpin Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol.



Perbincangan dua hala itu turut merangkumi isu Korea Utara, mikrocip dan perdagangan semikonduktor serta perang di Ukraine.



Pada sidang akhbar bersama, Encik Suk-yeol berkata beliau dan Encik Biden bersetuju mengenai langkah mengukuhkan pertahanan Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap ancaman yang dicetuskan oleh Korea Utara.



"Kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan rundingan presiden dua hala serta-merta sekiranya Korea Utara melakukan serangan nuklear.



"Kedua-dua negara juga berjanji untuk bertindak balas dengan pantas lagi tegas menggunakan kuasa penuh perikatan itu, termasuk senjata nuklear AS," katanya.



Encik Biden mengulangi tawaran AS kepada Korea Utara untuk mengadakan perbincangan mengenai program nuklear dan peluru berpandunya, yang tidak dihiraukan oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.



Program senjata Korea Utara yang berkembang dengan pesat termasuk peluru berpandu balistik yang boleh sampai ke bandar-bandar di AS menimbulkan persoalan sama ada Washington benar-benar akan menggunakan senjata nuklearnya untuk mempertahankan Korea Selatan menerusi apa yang dipanggil 'pencegahan lanjutan'.



Tinjauan pendapat di Korea Selatan menunjukkan majoriti rakyatnya mahu Seoul memperoleh bom nuklearnya sendiri, satu langkah yang dibantah Washington.



Menurut pegawai AS, di bawah 'Deklarasi Washington' yang baharu, AS akan memberikan Seoul maklumat terperinci dan dibenarkan bersuara dalam perancangan kontingensi untuk menghalang serta bertindak balas terhadap sebarang ancaman nuklear di rantau itu melalui Kumpulan Perundingan Nuklear AS-Korea Selatan.



Washington juga akan mengerahkan kapal selam peluru berpandu balistik ke Korea Selatan bagi menunjukkan kekuatannya. Menurut pegawai AS, ia adalah lawatan kapal selam pertama seumpamanya sejak 1980-an.



Bagaimanapun, Encik Biden menjelaskan bahawa tiada senjata nuklear AS akan ditempatkan di wilayah Korea Selatan.



"Saya mempunyai kuasa mutlak sebagai ketua komander dan satu-satunya pihak yang berkuasa untuk menggunakan senjata nuklear.



"Namun, maksud perisytiharan itu ialah kami akan berusaha sedaya upaya untuk berunding dengan sekutu sekiranya perlu, jika apa-apa tindakan diperlukan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >