Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Selatan: Sukar jejak kes kelompok kelab gay

Kegiatan di pusat hiburan karaoke dan pusat hiburan malam sering melibatkan pelayan dan pelanggan bercampur gaul secara rapat. Kelmarin, Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung berkata kegiatan seperti khidmat pelayan dan permainan dadu dilarang sejak lebih setahun lalu, sedang pihak berkuasa mengawasi penularan jangkitan berkaitan pusat hiburan malam di luar negara, yang mencetuskan kelompok jangkitan besar.
Jul 16, 2021 | 05:30 AM



Pada Mei tahun lalu, seorang penduduk bandar Yongin berusia 29 tahun diuji positif Covid-19 selepas mengunjungi lima kelab gay di kawasan Itaewon.



Pihak berkuasa menghadapi cabaran menjejak kontak orang yang pergi ke kelab sama. Lebih separuh daripada lebih 5,500 orang yang mengunjungi lima kelab itu tidak dapat dihubungi hampir seminggu selepas penduduk itu diuji positif.



Pegawai bandar itu terpaksa mendapatkan data daripada pengendali telefon bimbit dan mengerahkan ribuan pegawai polis untuk menjejak pengunjung kawasan itu.



Beberapa pakar berkata perasaan rasa benci terhadap golongan gay menyukar usaha mengesan kontak rapat.



Beberapa pengunjung kelab juga membayar wang tunai agar identiti mereka tidak diketahui, menyukarkan lagi menjejak mereka, sementara yang lain enggan tampil menjalani ujian.



Kelab dan bar di Seoul ditutup beberapa hari selepas kelompok itu muncul. Pada pertengahan Mei, lebih 35,000 orang diuji bagi Covid-19 berkaitan kelompok itu, dengan lebih 130 didapati positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >