SEOUL - Kementerian pertanian Korea Selatan telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan sementara di serata negara bagi ladang pertenakan ayam itik termasuk pengangkutan berkaitan industri itu pada Sabtu (12 Dis) agar dapat membendung penularan influenza burung.
Kawalan pergerakan itu telah diterapkan selama 48 jam dan ia berkuat kuasa sejak Jumaat (11 Dis) bagi semua ladang penternakan dan kemudahan penghasilan ternakan, termasuk kenderaan dan kakitangan mereka, kata Kementerian Pertanian, Makanan dan Ehwal Luar Bandar dalam satu kenyataan.
Langkah ini diterapkan selepas jumlah kes influenza burung yang amat berjangkit itu meningkat kepada 10 pada Jumaat sejak lewat November.
Menurut kementerian berkenaan, Korea Selatan melaporkan kes pertama influenza burung H5N8 itu dalam kalangan burung liar pada Oktober lalu di Cheonan-si, Chungcheongnam-do, sekitar 84 kilometer barat Seoul. - REUTERS


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg